Ahad, Februari 10, 2013

Jemputan Qasidah As-Syakirin Sempena Sambutan Maulidurrasul 1434H


HARI                  : KHAMIS
TARIKH              : 24 JANUARI 2013
MASA                : 9.30 PAGI – 1.00 PETANG

TEMPAT             : KOMPLEKS SUKAN SEKSYEN 17, SHAH ALAM
 


Sambutan 
Maulidurrasul 1434H, Masjid Riadhussolihin Shah Alam telah mengadakan beberapa program menarik.  Salah satunya ialah sebuah form bertajuk "Petua Menangani Stress" dengan ahli panel terdiri daripada Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dan Dr Shah Bahyah Mohd Zain dan Yatt Hamzah sebagai moderator.



















Ahli-ahli yang terlibat pada hari tersebut ialah:


1.    Abdul Hakim Bin Zalihuddin
2.    Affif Nasrullah Bin Mazhazmi
3.    Ahmad Shahruzzaidulkhair bin Ahmad Shazali
4.    Amirul Ridhuan Bin Hafez
5.    Azrul Hakimi Bin Azman
6.    Daeng Muhammad Bin Anuar
7.    Hafeez Hariri Bil Mad Hairi
8.    Harith Darwish Bin Dato’ Sohaimi
9.    Ikmal Hakimi Bin Zuraiman
10.Muhammad Aiman Bin Mohd Annuar
11.Mohamad Amirul Haziq Bin Ahmad
12.Muhammad Adam Kamil Bin Azmi
13.Muhammad Alif Mahfudz Bin Zulkarami
14.Muhammad Danish Bin Mohd Ghazali 1
15.Muhammad Wafiy Hud Bin Fakhrul Anuar








Guru-guru yang terlibat pula adalah Ustazah Amira Binti Zaini (Guru Pembimbing),  Teacher Noorisah Hashim Binti Abdul Rahim, Ustazah Ummi Khalisah binti Mahpol, Ustazah Robingan Binti Marsidi dan Ustazah Saiedah Nafisah binti Roslan.


Guru Pembimbing



JEMPUTAN: Program 'Gaya Fesyen Hidupku'

Tarikh:    2 Februari 2013
Hari:       Sabtu
Masa:      2 ptg – 5.30 ptg

Hos:        Farah Adeeba (TV Al-Hijrah)
              Aida Yusof (IMWU)
Panelis:   Ustazah Isfadiah Dasuki (UIAM)
              Noorshin Ng (MACMA)
              Catriona Ross (Selebriti)

Sempena Hari Solidariti Hijab Sedunia satu program bertajuk ‘Gaya Fesyen Hidupku’ telah diadakan untuk menggalakkan pemakaian hijab.  Program berbentuk bual bicara, perkongsian ilmu dan pengalaman suka duka telah dianjurkan oleh International Muslim Women Union (IWMU) dengan tajaan bersama Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), PKNS, MAIS dan De Palma Hotel Ampang. 

Program warna-warni ini berbicara tentang gaya, fesyen dan cara hidup. Pihak penganjur telah menjemput sekolah untuk bersama dalam pertunjukan fesyen berhijab yang menepati tuntutan. 

Para panelis dan hos
Pelajar yang terlibat berserta guru pengiring 



  
Semua model dewasa, remaja dan kanak-kanak yang terlibat
                                        

Lawatan Sekolah Ke Kidzania Kuala Lumpur

Tarikh:   5 Februari 2013
Hari:   Selasa

Seramai 283 orang murid dan pelajar sekolah rendah dan menengah beserta 38 orang guru dan kakitangan sekolah telah membuat lawatan ke Kidzania Kuala Lumpur dengan menaiki 7 buah bas.

KidZania Kuala Lumpur adalah pusat ‘edutainment’ keluarga tertutup yang menawarkan pembelajaran interaktif dan pengalaman untuk kanak-kanak di  ‘bandar bersaiz kanak-kanak’ yang  menyeronokkan.  Pengalaman di KidZania adalah pengalaman kehidupan sebenar, yang diperkasakan dan diinspirasikan untuk  mendidik anak-anak melalui permainan ‘role-play’.
Orang kuat program


KidZania menawarkan lebih 90 profesion / pekerjaan dalam dunia ekonomi sebenar. KidZania membolehkan kanak-kanak untuk melangkaui sempadan dunia membesar untuk memainkan peranan mereka dalam masyarakat dan juga mengalami helah perdagangan dalam kerjaya impian mereka. Lawatan ini merupakan satu pengalaman pendidikan dan menghiburkan kerana banyak aktiviti yang direka untuk menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak dari usia 4 tahun sehingga 17 tahun.
















Hari Kokurikulum 2013


Tarikh:   10 Januari 2013
Hari:       Khamis
Masa:      3.30 ptg -4.30 ptg

Hari Kokurikulum telah diadakan di Dewan SIAS khusus untuk murid Tahap 2 dan pelajar sekolah menengah.

Pada hari ini satu pendaftaran diadakan untuk para pelajar membuat pemilihan bagi Unit Beruniform, Unit Persatuan dan Kelab serta Unit Permainan.  Bagi Unit Persatuan dan Kelab, para pelajar boleh memilih sama ada Persatuan Bahasa, Persatuan Matematik, Kelab Multimedia dan Kelab Go Green.

Manakala bagi Unit Permainan pula, sekolah telah menyediakan Kelab Permainan Futsal, Bola Baling dan Bola Jaring.

Selain itu, Kadet Remaja dan Tunas Kadet Remaja Sekolah merupakan aktiviti yang wajib bagi murid untuk Unit Beruniform.

            Semasa hari pendaftaran tersebut, semua ahli telah dibahagikan kepada dua penyertaan untuk Unit Persatuan/Kelab dan Unit Permainan bagi tujuan perlantikan AJK dan  juga membincangkan tentang aktiviti-aktiviti sepanjang tahun dengan dibantu oleh guru penasihat masing-masing.

Khamis, Februari 07, 2013

Sambutan Maulidur-Rasul 2013



Tarikh:   22 Januari 2013
Hari:      Khamis
Masa:    11.00 pagi-12.15 tengahari

            Ustaz Hizbur Rahman Bin Haji Omar Zuhdi, Naib Johan Program Imam Muda Musim Pertama Tahun 2010, telah dijemput sebagai penceramah untuk majlis tersebut.

Majlis yang dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah, alunan zikir dan salawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dipengerusikan oleh Ustaz Khairul Azhar bin Abdul Manaf. 

Tajuk cemarah yang disampaikan ialah “Semarakkan Cinta Rasulullah”.  Beliau telah menerangkan bagaimana 3 cara untuk kita mengasihi Nabi SAW.  Pertama, al-hub iaitu cinta, kasih, dan sayang.  Kedua, ittiba’ iaitu menjadi ikutan dan yang ketiga istiqamah. Beliau juga menceritakan kisah-kisah para sahabat untuk dikaitkan dalam tajuk tersebut.

Majlis Orientasi Tahun 1 2013


TARIKH : 21 DISEMBER 2013
MASA   : 9.00 PAGI – 11.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN UTAMA SIAS

           Hari Orientasi Tahun 1 Sesi 2013 telah berlangsung di Dewan Utama As-Syakirin dengan kedatangan ibu bapa dan guru-guru serta murid-murid baru Tahun 1 seramai 48 orang. Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi memperkenalkan  suasana persekolahan dan  peraturan sekolah kepada murid-murid Tahun 1 serta para ibu bapa. 

         Pengarah program adalah Ustazah Asmaroni Binti Abdul Manaf dan setiausaha adalah Ustazah Saiedah Nafisah Binti Roslan.  Majlis dibuka dengan kata-kata aluan dari Ustazah Ummi Khalisah bt Mahpol selaku Pengerusi Majlis dan kemudiaan diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Amad Solahuddeen Lamullor dan nyanyian lagu Negaraku serta bacaan ikrar oleh semua murid.

           Majlis disempurnakan dengan ucapan Puan Pemangku Pengetua Sekolah Intergrasi As-Syakirin,  Dr (EM) Nik Nor Azlida binti Nik Hussain yang menyampaikan beberapa saranan dan panduan untuk ibu bapa yang hadir. Majlis diteruskan dengan memperkenalkan guru-guru Tahun 1 2013 oleh Puan Timbalan Pengetua, Pn Hjh Noorisah Hashim binti Abdul Rahim.

          Majlis disambung dengan taklimat dan sesi penerangan kepada ibubapa oleh Puan Noor Shafiza bt Sabudin selaku Penolong Kanan Kurikulum Sekolah Integrasi As-Syakirin sementara murid-murid dibawa ke kelas masing-masing untuk menduduki Ujian Pentaksiran Kemahiran Bertulis dan Lisan bagi subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Iqra’ dan Jawi.
Selepas itu, murid-murid dibawa secara berkumpulan melawat kawasan sekitar sekolah.   


       






SELAMAT KEMBALI

emel : sias2007@gmail.com


SELAMAT KEMBALI KE
SEKOLAH INTEGRASI AS-SYAKIRIN
SEKSYEN 13, SHAH ALAM
UNTUK SESI 2013

DATANG DENGAN HARAPAN
PULANG DENGAN KEJAYAAN,
IN SYAA ALLAH!

Khamis, November 17, 2011

Keputusan UPSR

Tahniah kepada semua calon UPSR SIAS yang mendapat keputusan memberangsangkan. Alhamdulillah berkat usaha anda akhirnya inilah hasilnya. Tahun ini seramai 5 orang pelajar berjaya mendapat 5A.

Semoga semua warga SIAS akan meningkatkan lagi usaha supaya keputusan ini akan bertambah baik lagi tahun hadapan.

Tahniah atas usaha dan kerja keras guru yang terlibat mendidik pelajar dan mengatur program-program peperiksaan seperti kelas tambahan, gerak gempur, perkampungan UPSR, qiamullail dan solat hajat sebelum peperiksaan berlangsung.

Kepada pelajar yang kurang berpuas hati dengan keputusan anda, kaji semula di mana kelemahan dan perbaiki dan teruskan perjuangan.

Insya Allah dengan usaha yang berterusan, doa dan tawakal kita mampu untuk mencapai kejayaan yang lebih baik.

Rabu, November 16, 2011

Tahniah!

Keputusan PSRA baru sahaja diumumkan. Alhamdulillah tahun ini SIAS mendapat 100% murid lulus semua subjek Diniyyah bersamaan 26 orang pelajar. Berikut ialah keputusan penuh.

Mumtaz - 8 orang
Jayyid Jiddan - 10 orang
Jaiyid - 5 orang
Maqbul - 3 orang
Rasib - Tiada


Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang terlibat. Allah sentiasa melihat usaha keras anda dan berkat usaha tanpa jemu, doa dan tawakal, inilah hasilnya.

Semoga keputusan ini akan menjadi pemangkin semangat kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan PSRA tahun hadapan supaya dapat meningkatkan usaha menjadi lebih cemerlang. Amin

Khamis, Oktober 27, 2011

MAKLUMAT SEKOLAH

Salam, sekiranya terdapat pertanyaan tentang sekolah, maklumat tentang pendaftaran, yuran, aktiviti sekolah atau apa sahaja berkenaan sekolah sila email atau terus hubungi pihak sekolah. Insya Allah pertanyaan anda akan dilayan secepat mungkin.

Tel : 03-5511 5393/94
Faks : 03-5511 5397
emel : sias2007@gmail.com

Jumaat, September 30, 2011

MERDEKA RAYA

Jamuan Hari Raya SIAS telah diadakan pada hari yang sama dengan Sambutan Hari Kemerdekaan. Pelbagai pertandingan telah diadakan semasa sambutan berkenaan sebagai menanam rasa cinta kepada tanah air kalangan pelajar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mewarna bendera Malaysia, mencipta kad kreatif, melukis poster dan kuiz.


Pelajar mendengar taklimat dalam perhimpunan pagi



Pertandingan mewarna Bendera Malaysia

Pada sebelah petangnya, Jamuan Raya SIAS diadakan di Dewan Bunga Kertas TTDI Jaya. Tujuan majlis ini diadakan untuk merapatkan silaturrahim antara pelajar, guru, kakitangan serta ibubapa di SIAS. Banyak makanan yang istimewa disediakan antaranya Nasi Minyak Kuzie Catering, Mehun Sup dan Laksa Ani Sup Utara, Satay dan banyak lagi. Ramai ibu bapa turut menyumbang makanan terutama biskut raya.


Wajah-wajah ceria sepanjang majlis Sambutan Hari Raya SIAS 2011



Terima kasih kepada semua penyumbang juadah sempena Sambutan Hari Raya yang lalu. Semoga Allah melimpahkan keberkatan ke atas rezeki anda semua. Amin

Selasa, September 27, 2011

MUKHAYYAM 2011

"Memahami arahan"

"Halangan Pertama"


"Melepasi Halangan Pertama"


"Beratur"

"Game"

"Makan Berdulang"

"Makan berjemaah satu dulang"

"Mendengar Taklimat"


"Kenderaan Kem"


emel : sias2007@gmail.com