Khamis, Mac 22, 2007

CERAMAH DAN BENGKEL MEMBUAT ROTI


Ketua Bidang Kemanusiaan as-Syakirin menganjurkan Ceramah Kerjaya dan Bengkel Membuat Roti dengan kerjasama Vanilla Bean Enterprise No. 18, Jalan Rugbi 13/30 (Bekas Kedai Komputer Pintar)
Ceramah dikendalikan oleh Chef Shahrul Niza Ahmadin, pengarah Vanilla Bean Ent. Beliau mendedahkan teknik-2 membuat pelbagai roti dan pengalamannya sebagai cheff lebih 14 tahun.
Ibubapa yang ingin sama-2 memajukan perniagaan melayu, dijemput untuk membeli pelbagai jenis roti di kedai tersebut dengan harga bermula Rm 1.20. kedai ini juga menerima tempahan roti dan kek rm 5.00 perlayer, hubungi Chef Shahrul 019-3651873.
Untuk lebih banyak gambar lawati www.dropshots.com/sias2007

Isnin, Mac 19, 2007

LAWATAN KE MELAKA

Sekolah Integrasi As-Syakirin mengadakan lawatan ke Melaka pada hari Ahad, 18 Mac 2007. Lawatan ini melibatkan pelajar tahap dua dan sekolah menengah seramai 64 pelajar, diiringi 4 guru lelaki dan 5 guru perempuan.

Antara tempat yang dilawati ialah Taman Rama-2, Taman Buaya, Zoo Melaka dan A Famosa. Melaka adalah tempat bersejarah yang sering disebut di dalam pelajaran Sejarah serta sering dijadikan bahan Karangan Bahasa Melayu. Semoga dengan lawatan secara 'live' ini dapat dijadikan bahan pembelajaran yang berkesan.
Rombongan juga singgah ke Rumah Pengantin (Pn Ramlah) bekas kerani sekolah tahun 2006. Selamat Pengantin Baru, semoga berkekalan sehingga ke anak cucu.

Rombongan juga sempat menunaikan Solat Jama Qasar Zuhur Asar di Masjid Al Azim Melaka. Untuk menatap lebih banyak gambar sila lawat www.dropshots.com/sias2007.
Jumpa lagi di lawatan ke negeri yang seterusnya.

Jumaat, Mac 09, 2007

PENGAWAS SEKOLAH






Barisan Pengawas Sekolah Integrasi As-Syakirin 2007