Khamis, Mei 03, 2007

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN (BTMS) Bahasa Melayu SPM



BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM (BAHASA MELAYU) dikendalikan oleh Dr. Supian bin Mohammad Noor, Jabatan Bahasa, Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Isnin, April 16, 2007

PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH RENDAH




Pelantikan Pengawas Sekolah Rendah As-Syakirin telah diadakan di Dewan As-SYakirin, pada perhimpunan rasmi mingguan hari Isnin, 16 APRIL 2007. Selepas Pengawas berikrar, pengetua menyematkan tag pengawas kepada mereka, didahului oleh Ketua Pengawas iaitu Muhammad Irfan bin Hj Rafik, Tahun 6. Tahniah dan selamat menjalankan tugas yang diamanahkan.




Jumaat, April 13, 2007

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL




















Sambutan Maulidur rasul telah diadakan di sekolah pada hari Jumaat, 13 Arpil 2007, jam 8.00-10.30 pagi. Majlis dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Ariff b Yusof, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah. Seterusnya ceramah tentang Ketinggian Akhlak Rasulullah oleh Ustaz Syeikh Abdul Majid, diiringi oleh kuiz maulid.





Majlis diserikan dengan persembahan nasyid sekolah rendah lelaki dan perempuan, sekolah menengah dan marhaban seklah rendah.





Majlis di tutup dengan selawat beramai-ramai.