Khamis, September 06, 2007

PROGRAM KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH



Sambutan Kemerdekaan peringkat Sekolah Rendah di diadakan di dewan sekolah pada hari Isnin, 2/9/2007. Lagu-lagu patriotik bergema dikumandangkan dengan semangatnya oleh pelajar dan guru Sekolah Rendah sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Di dewan yang sama pada hari Selasa, 3/9/2007 pelajar Tingkatan 2 mempersembahkan lakonan yang mencuit hati. Drama bertajuk “Pahlawan Pasir Salak” dibawah bimbingan Ustazah Rozana dan Sdr Adzril (alumni 05) mengisahkan semangat patriotik penduduk Pasir Salak, Perak dalam menentang penguatkuasaan cukai oleh Residen Birch selepas Perjanjian Pangkor.

Satu lagi drama yang mengisahkan kepulangan seorang anak bangsa dari Luar Negara yang membawa budaya luar dan akhirnya insaf dibawakan oleh pelajar Tingkatan 3,4 dan 5. Drama bertajuk “Asal-usul Jangan Dilupa” itu dibawah bimbingan Sdr Ahmad Amin dan Ustazah Hasnita.

Sementara itu, Tingkatan Satu mempersembahkan lagu kemerdekaan. Di bawah bimbingan Ustaz Rozana.

Program-progam tersebut adalah aktiviti Persatuan Sejarah dan Geografi di bawah seliaan Ketua Bidang Kemanusiaan. Semoga dengan program seumpama ini dapat menghidupkan semangat cintakan Negara.

Merdeka !!! Merdeka !!! Merdeka !!!

BULLETIN AS-SYAKIRIN


Bulletin As-Syakirin, setelah menyepi selama hampir tiga tahun, akan menemui pembaca minggu ini sempena bulan Ramadhan.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.


Ibubapa dijemput menyumbang artikel, rencana dan makalah ataupun gambar bagi menyambung hidup dan menghidupkan Bulletin As-Syakirin.
Untuk edaran kali ini, bulletin mengandungi 4 mukasurat, jika ibubapa terus menyokong, insya Allah akan ada penambahan mukasurat dan menambah kekerapan edaran.
Bersama-sama mendokong pengedaran ilmu.

Isnin, Mei 14, 2007

MESYUARAT AGUNG PIBG 2007


Mesyuarat Agung PIBG keenam telah diadakan di Dewan As-Syakirin pada hari Sabtu, 12 Mei 2007 dirasmikan oleh Pemangku YDP PIBG 06/07, En Mohd Nasir Khan bin Akbar Khan. Seramai 53 ibubapa dan guru hadir pada mesyuarat tersebut.
Ajk PIBG sesi 2007/2008 telah dipilih pada mesyuarat tersebut ;
Yang Dipertua PIBG : En. Mohd Nasir Khan bin AKbar Khan
Timbalan YDP : En Mazlan bin Mohd Som
Setiausaha : Usth Rosnita bt Mohd Nor Hizam
Naib Setiausaha : Pn Azizah bt Mohd
Bendahari : Usth Harlyana bt Zakaria
Jawatankuasa
: Usth Rozana Yahya
: Usth Harnani Hashim
: Usth Sunita Shemi
: Usth Yuhaniz Yusuf
: En Suhaimi
: Datin Zaleha Sarbani
: Pn Ruziah Shamsudin
: Dr. Rohisham
: En Yusuf Ismail
: Pn Siti

untuk lebih banyak gambar, sila lawat www.picasaweb.google.com/sias2007

Tahniah. Selamat Maju Jaya.