Jumaat, September 07, 2007

PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN IMUNISASI





Pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Tiga, seramai 58 orang, telah mendapat rawatan kesihatan dan suntikan imunisasi di Poliklinik Komuniti Seksyen 7, Shah Alam pada hari Jumaat, 7 September 2007.

HARI KANTIN.COM

Hari Kantin As-Syakirin (harikantin.com) diadakan pada hari Sabtu, 14 Julai 2007 di padang sekolah. Dirasmikan oleh Tn Mazalan Md Nor, Datuk Bandar Shah Alam.
Harikantin.com diserikan dengan pelbagai jualan dan pameran. Pertandingan dan cabutan bertuahpun diadakan bagi memeriahkan program.
Dengan kedatangan artis nasyid tanahair, harikantin.com bertambah meriah.

Untuk lebih lanjut berita mengenai harikantin.com layari ;

http://www.nasyeed.com/berita/index.pin?id=191
http://www.nasyeed.com/berita/index.pin?id=192

Khamis, September 06, 2007

PROGRAM KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH



Sambutan Kemerdekaan peringkat Sekolah Rendah di diadakan di dewan sekolah pada hari Isnin, 2/9/2007. Lagu-lagu patriotik bergema dikumandangkan dengan semangatnya oleh pelajar dan guru Sekolah Rendah sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Di dewan yang sama pada hari Selasa, 3/9/2007 pelajar Tingkatan 2 mempersembahkan lakonan yang mencuit hati. Drama bertajuk “Pahlawan Pasir Salak” dibawah bimbingan Ustazah Rozana dan Sdr Adzril (alumni 05) mengisahkan semangat patriotik penduduk Pasir Salak, Perak dalam menentang penguatkuasaan cukai oleh Residen Birch selepas Perjanjian Pangkor.

Satu lagi drama yang mengisahkan kepulangan seorang anak bangsa dari Luar Negara yang membawa budaya luar dan akhirnya insaf dibawakan oleh pelajar Tingkatan 3,4 dan 5. Drama bertajuk “Asal-usul Jangan Dilupa” itu dibawah bimbingan Sdr Ahmad Amin dan Ustazah Hasnita.

Sementara itu, Tingkatan Satu mempersembahkan lagu kemerdekaan. Di bawah bimbingan Ustaz Rozana.

Program-progam tersebut adalah aktiviti Persatuan Sejarah dan Geografi di bawah seliaan Ketua Bidang Kemanusiaan. Semoga dengan program seumpama ini dapat menghidupkan semangat cintakan Negara.

Merdeka !!! Merdeka !!! Merdeka !!!