Khamis, Januari 03, 2008

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN



Hari pertama persekolahan sesi 2008 di As-Syakirin dimulakan dengan Perhimpunan Pagi. Memperkenalkan tenaga pengajar As-Syakirin. Seterusnya menunaikan Solat Dhuha berjemaah.
Taklimat HEP dan Ko-Kurikulum untuk pelajar Tahap Dua dan Menengah diadakan di dewan. Disambung dengan aktiviti dalam kelas bagi memilih AJK Kelas.
Lagi gambar dalam ALBUM AS-SYAKIRIN DUA www.picasaweb.google.com/sias2007

Rabu, Januari 02, 2008

MAJLIS TAARUF TAHUN SATU SESI 2008

Ikrar : "radhina billahi rabba ...."


"mendaftar dulu"


Majlis Ta'aruf Tahun Satu sesi persekolahan 2008 diadakan pada hari Rabu, 2 Januari 2008 di dewan As-Syakirin. Majlis bermula pukul 9.oo pagi dimulakan dengan perhimpunan pagi.
Buat pertama kalinya pelajar tahun satu menyanyikan Lagu Negaraku dan Doa Pagi. Seterusnya pelajar menduduki peperiksaan percubaan ( BM, Matematik, Sains, Jawi, dan AlQur'an ) untuk mengetahui pencapaian pelajar berkenaan.
Dalam masa yang sama ibubapa dan penjaga menghadiri Dialog di Dewan.

Untuk lebih gambar sila lawat "album as-syakirin dua".

Jumaat, Disember 28, 2007

UNDILAH AS-SYAKIRIN



Undilah Kumpulan Nasyid "assyakirin" untuk

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2007 dalam borang 2.

Dapatkan Berita Harian hari ini.