Rabu, Julai 23, 2008

LATIHAN KEBAKARAN





Warga as-syakirin telah mengadakan Latihan Kebakaran/"fire drill" di bawah pengawasan pegawai Unit Latihan Jabatan Bomba Seksyen 15 Shah Alam iaitu PB III Alias Aziz b. Satar dan PB Ahmad Roszairil b. Abd Razak.


Latihan bermula pada jam 9.30 pagi, ditandai dengan bunyi loceng panjang. Pelajar menggunakan dua tangga kecemasan di belakang sekolah dan berkumpul di padang dalam masa 3 minit 25 saat.


Di padang, pegawai Bomba menunjukkan cara-cara memadam api menggunakan Alat Pemadam Api oleh PB Ahmad Roszairil dan pelajar serta guru berkesempatan untuk mencuba alat tersebut.


Seterusnya Ceramah Keselamatan dengan tajuk "Pengungsian Bangunan" oleh PB III Alias Aziz sehingga pukul 11.15 pagi.

Selasa, Julai 15, 2008

JOHAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR


Pelajar As-Syakirin, Abdul Hanan bin Ahmad Zubir, Tahun 6 Mujaddid, telah dianugerahkan JOHAN SYARAHAN BAHASA ARAB (LELAKI) PERTANDINGAN AMAL ISLAMI PERINGKAT NEGERI SELANGOR yang diadakan pada hari Sabtu, 28 Jun 2008 di Sekolah Rendah Agama Kampung Jawa, Klang.

TAHNIAH.

Jumaat, Jun 20, 2008

PENERANGAN PEGAWAI PERHUBUNGAN POLIS




Program polis mendekati masyarakat akhir-akhir ini sering dibincangkan di media massa, justeru Pegawai Perhubungan Polis Balai Polis Shah Alam telah datang ke As-Syakirin untuk memberi pendedahan tugas-tugas polis dan menjadikan polis sebagai rakan masyarakat.