Selasa, September 02, 2008

HARI KANTIN 2008







Hari Kantin As-Syakirin telah diadakan pada hari Jumaat, 29 Ogos 2008 dengan jayanya.
Pelbagai aktiviti, jualan, pameran dan pertandingan serta pertunjukkan diadakan sempena hari kantin tersebut. Keuntungan hari kantin ini akan disalurkan ke Tabung Pembelian Alat Muzik Islami.

Semua pelajar daripada Tahun Satu hingga Tingkatan Lima dan guru serta ibubapa bertungkus-lumus memeriahkan Hari Kantin, ada juga sekolah-sekolah jemputan menyertainya.

Gerai Terbersih ialah Tahun 2 Najwan ( guru kelas Ustazah Syafila )
Gerai Terceria ialah Tahun 5 Mujtahid ( guru kelas Ustazah Yusrina )
Gerai Pemenang Gotong Royong ialah Tahun 1 Mumtaz ( guru kelas Ustazah Roslia )

Pemenang Busana Muslimah ( menengah / dewasa )
tempat 1 : Nur Emyra ( tingkatan 3 Imam Muslim )
tempat 2 : Humairah ( pembantu tadbir )
tempat 3 : Risti Prasetia ( tingkatan 3 Imam Tarmizi )

Untuk lihat gambar lain sila klik album sebelah


emel : sias2007@gmail.com

Rabu, Ogos 27, 2008

NAK TENGOK ANAK BULAN ?

jom, tengok anak bulan.
nanti 30 ogos 2008 tengok balik.

http://www.calculatorcat.com/moon_phases/phasenow.php

dan

http://moonsighting.com/1429rmd.html



emel : sias2007@gmail.com

PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK




Bidang Kemanusiaan Sekolah Rendah mengadakan Bulan Kemerdekaan sempena kemerdekaan Malaysia ke-51.
Pertandingan Lagu Patriotik diadakan pada hari Rabu, 27 Ogos 2008 di Dewan. Setiap kelas ( kecuali Tahun 6 ) mempersembahkan Lagu Patriotik dibawah bimbingan Guru Kelas masing-masing.
Penilaian berdasarkan Cara Penyampaian, Kreativiti, Kerjasama dan Ketertiban. Pemenang akan mendapat hadiah wang tunai dan dibahagikan mengikut tahap.
Tahap Satu ( Tahun 1-3 ) : tempat pertama - ketiga
Tahap Dua ( Tahun 4-5 ) : tempat pertama - ketiga

MERDEKA !!!!! MERDEKA !!!!! MERDEKA !!!!!


EMEL : sias2007@gmail.com