Selasa, September 09, 2008

TAKZIAH





assalamu alaikum

Inna lillah wa inna ilaihi raji'un.

Telah pulang ke rahmatullah Siti Hajar bt Izham Hashim,
puteri pengerusi Lembaga Pengarah As-Syakirin,
malam tadi ( 8 Ramadhan 1429 H )
Rumah arwah No. 1 jalan SS5D/11B, Kelana Jaya.
Berdekatan Tabung Haji.

Dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam,
Seksyen 21, Shah Alam.

Semoga rohnya diterima-Nya dan ditempatkannya
dalam golongan orang yang solehah.
Semoga ahli keluarganya bersabar atas dugaan ini.

Wassalam

emel : sias2007@gmail.com

Jumaat, September 05, 2008

PROGRAM USRAH SEKOLAH MENENGAH







Badan Amar Makruf (BADAR) Sekolah Menengah mengadakan Program Usrah dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh Naqib dan Naqibah.
Pelaksanaan Usrah diadakan pada jam 2.00 - 2.30 petang, selepas solat zuhur dibawah bimbingan guru mursyid. Bahan usrah mengikut kurikulum usrah Kementerian Pendidikan.

emel : sias2007@gmail.com

Khamis, September 04, 2008

PROGRAM TADARUS RAMADHAN






Sepanjang bulan Ramadhan, Program Tadarus untuk pelajat tahap Dua dan Menengah, diadakan di surau. Pelajar dibahagikan kepada 30 puluh kumpulan, satu kumpulan diberi tanggungjawab membaca satu juzuk secara selang-seli setiap hari. Dalam satu hari kita dapat khatamkan Al-Qur'an, insya allah, setiap hari sepanjang Ramadhan.

Amalan tadarus ini meniru cara Rasulullah bertadarus dengan malaikat Jibril dalam bulan Ramadhan, selain dapat pahala membaca, pahala mengikut sunahpun dapat juga. Berlipat ganda lagi.


emel : sias2007@gmail.com