Rabu, Jun 23, 2010

QURAN PEMBELA HARI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an.Wallahu "alam.
UNIT BADAR SIAS
Ditulis oleh : Abu Damia

PESANAN AL-IMAM AL-GHAZALI : MENGHINDARI MAKSIAT ZAHIR

Jagalah baik-baik seluruh anggotamu, terutamanya anggotamu yang TUJUH kerana pintu Neraka itu TUJUH dan telah ditentukan setiap pintu itu untuk dimasuki oleh kumpulan yang telah melakukan perbuatan MAKSIAT dengan salah satu diantara TUJUH anggota badan iaitu mata, telinga, perut, kemaluan, tangan dan kaki.
UNIT BADAR SIAS
Ditulis oleh : Abu Damia

Jumaat, April 09, 2010

SESI RAPTAI SUKAN 2010

HARAPAN KAMI GURU2+PELAJAR2+PIBG AGAR SEMUA WARGA SIAS DAPAT DATANG BERAMAI2 UNTUK MENJAYAKAN SUKAN TAHUNAN BUAT KALI YANG KE 10 PENGANJURANNYA.GIMIK RAPTAI PADA HARI INI JUMAAT 09/04/2010 SANGAT LAH MENARIK SEKALI.

BANTUAN DRP SEMUA ALUMNI DAN PARENT UNTUK MEMBANTU DALAM ACARA YANG DIPERTANDINGKAN AMAT2 DIALU-ALUKAN KHUSUS SEBAGAI PENGADIL DAN SUKARELAWAN SUKAN.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS BERHUBUNG DENGAN PENGARAH SUKAN 2010 US KHAIRUL AZHAR DI TALIAN 017 9662891.