Isnin, April 16, 2007

PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH RENDAH




Pelantikan Pengawas Sekolah Rendah As-Syakirin telah diadakan di Dewan As-SYakirin, pada perhimpunan rasmi mingguan hari Isnin, 16 APRIL 2007. Selepas Pengawas berikrar, pengetua menyematkan tag pengawas kepada mereka, didahului oleh Ketua Pengawas iaitu Muhammad Irfan bin Hj Rafik, Tahun 6. Tahniah dan selamat menjalankan tugas yang diamanahkan.




Jumaat, April 13, 2007

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL




















Sambutan Maulidur rasul telah diadakan di sekolah pada hari Jumaat, 13 Arpil 2007, jam 8.00-10.30 pagi. Majlis dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Ariff b Yusof, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah. Seterusnya ceramah tentang Ketinggian Akhlak Rasulullah oleh Ustaz Syeikh Abdul Majid, diiringi oleh kuiz maulid.





Majlis diserikan dengan persembahan nasyid sekolah rendah lelaki dan perempuan, sekolah menengah dan marhaban seklah rendah.





Majlis di tutup dengan selawat beramai-ramai.

Selasa, April 10, 2007

PERTANDINGAN AMAL ISLAMI



As-Syakirin telah menghantar peserta ke 12 Pertandingan Amal Islami Zon 2 (Kumpulan A) anjuran Majlis Guru Besar KAFA JAIS di Sekolah KAFA Integrasi Imam Al-Ghazali, Kampung Budiman, Meru, Klang. pada hari Sabtu, 7 April 2007.

As-Syakirin telah memenangi Tempat ke-3 pertandingan Syarahan BM pada pertandingan tersebut. Syabas. Tahun ini adalah tahun kedua As-Syakirin menghantar wakil, dan pertandingan ini akan dijadikan projek tahunan As-Syakirin.