Selasa, Mei 13, 2008

video ajk multimedia

projek ajk multimedia SIAS, tingkatan 4 & 5
yang dipersembahkan semasa mesyuarat agung PIBG 2008


Isnin, Mei 12, 2008

MESYUARAT PERMUAFAKATAN SEKOLAH DENGAN POLIS

Ketua Balai Polis daerah Shah Alam telah menjemput sekolah-sekolah Shah Alam pada hari Khamis, 8/5/08 di Bilik Mesyuarat IPD Shah Alam dalam Program Mesyuarat Permuafakatan diantara Ketua Polis Daerah Shah Alam bersama Pegawai Perhubungan Sekolah (Polis) dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Tujuan program ialah memperkenalkan peranan Pegawai Perhubungan Sekolah (Polis) dengan pihak sekolah. Nama pegawai yang ditugaskan untuk SIAS ialah Sarjan Md. Haron b Mohd Latip. 03-55102220

Matlamat program :
1. PPS membantu guru menangani masalah disiplin pelajar.
2. PPS sebagai ex-officio PIBG bidang disiplin.
3. PPS sebagai penasihat keselamatan sekolah

Fungsi PPS :
1. berucap di perhimpunan rasmi sebulan sekali
2. menyalurkan maklumat terkini
3. mengadakan pameran polis di sekolah
4. mengadakan demontrasi peranan Polis ( termasuk K9-polis anjing pengesan )

ibubapa diharap dapat bekerjasama dengan pegawai berkenaan, sebarang masalah disiplin boleh terus disalurkan kepada pegawai berkenaan.

SUMBANGKAN ARTIKEL DAN BERITA KE sias2007@gmail.com

Jumaat, Mei 09, 2008

KEM PENGAWAS ANJURAN JAIS







Sekolah Integrasi As-Syakirin menyertai KEM PENGAWAS 2008 anjuran Exco Pendidikan Majlis Guru-Guru Besar KAFA, Daerah Petaling pada 3 & 4hb Mei 2008 (Sabtu & Ahad) di Kem Bina Insan Bestari Jaya, Batang Berjuntai, Selangor Alamat: Lakeview Traning Center, Sungai Tinggi, Selangor Darul Ehsan

Kem ini disertai oleh pengawas-pengawas sekolah KAFA/SAR Daerah Petaling. Nama Pengawas Sekolah Integrasi As-Syakirin yang menyertai iaitu ;
Wan Abdullah Haziq b. Wan Asmawadi -Tahun 6
Mohd Aiman b. Rohisham -Tahun 6
Abd Hannan b. Ahmad Zubir -Tahun 6
Nur Aida Izzzati bt Suhaimi -Tahun 6
Mohd Aqiff Hakim b. Muhd Ariff -Tahun 6
Nur Nashreen bt Nasir Khan -Tahun 5
Adam Hakeem b. Aminuddin -Tahun 4
Nur Alya Sabrina bt Suhaimi -Tahun 5

Diiringi oleh Guru pengiring iaitu ;
Ustazah Nor Shafiza bt Sabudin
Ustazah Masrizawati bt Shamsudin

Objektif Kem Pengawas ini ialah ;
- Meningkatkan keyakinan diri pengawas-pengawas dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan.
- Memberikan pendedahan kepada pengawas-pengawas tentang ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang dalam Islam.
- Menyedarkan pengawas-pengawas tentang mereka terhadap Allah, Ibu bapa, sekolah, dan rakan-rakan.
- Menguji ketahanan mentel dan fizikal pengawas-pengawas dalam mengahadapi sebarang dugaan sewaktu menjalankan amanah.

untuk berkongsi berita hantar ke sias2007@gmail.com