Jumaat, Mei 16, 2008

CAHAYA MATA UST SUBRI



Ustaz Subri telah mendapat cahayamata sulungya
pada Jumaat, 9/5/08 jam 3.10 petang di Hospital Kota Bharu, Kelantan.

Nama yang diberi ialah Nur Hanan Sofiah bt Mohd Subri.

Semoga menjadi anak yang solihah

Selasa, Mei 13, 2008

video ajk multimedia

projek ajk multimedia SIAS, tingkatan 4 & 5
yang dipersembahkan semasa mesyuarat agung PIBG 2008


Isnin, Mei 12, 2008

MESYUARAT PERMUAFAKATAN SEKOLAH DENGAN POLIS

Ketua Balai Polis daerah Shah Alam telah menjemput sekolah-sekolah Shah Alam pada hari Khamis, 8/5/08 di Bilik Mesyuarat IPD Shah Alam dalam Program Mesyuarat Permuafakatan diantara Ketua Polis Daerah Shah Alam bersama Pegawai Perhubungan Sekolah (Polis) dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Tujuan program ialah memperkenalkan peranan Pegawai Perhubungan Sekolah (Polis) dengan pihak sekolah. Nama pegawai yang ditugaskan untuk SIAS ialah Sarjan Md. Haron b Mohd Latip. 03-55102220

Matlamat program :
1. PPS membantu guru menangani masalah disiplin pelajar.
2. PPS sebagai ex-officio PIBG bidang disiplin.
3. PPS sebagai penasihat keselamatan sekolah

Fungsi PPS :
1. berucap di perhimpunan rasmi sebulan sekali
2. menyalurkan maklumat terkini
3. mengadakan pameran polis di sekolah
4. mengadakan demontrasi peranan Polis ( termasuk K9-polis anjing pengesan )

ibubapa diharap dapat bekerjasama dengan pegawai berkenaan, sebarang masalah disiplin boleh terus disalurkan kepada pegawai berkenaan.

SUMBANGKAN ARTIKEL DAN BERITA KE sias2007@gmail.com