Isnin, Ogos 25, 2008

KAWASAN MENURUNKAN PELAJAR



Merujuk kepada Minit Mesyuarat Syura dan cadangan ibubapa dalam forum as-syakirin ( yahoo ) maka, SATU KAWASAN MENURUNKAN PELAJAR SAHAJA telah dikenalpasti.


Bermula hari Isnin, 25 Ogos 2008 pengawas sekolah akan menjaga kawasan tersebut bagi mengingatkan Ibubapa dan penjaga bahawa dalam "Kawasan Menurunkan Pelajar Sahaja" ibubapa dilarang menunggu atau meletak kereta

pada masa kemuncak menghantar pelajar iaitu jam 7.30 - 7.50 pagi.

Untuk masa mengambil ( jam 3.30 - 4.30 petang ) masih

dalam perbincangan dan cadangan.

Kerjasama semua ibubapa dalam perkara di atas amat diharapkan

bagi kemudahan dan keselesaan semua pihak.



sebarang cadangan sila hantar ke sias2007@gmail.com

Jumaat, Ogos 22, 2008

JUALAN SEMPENA RAMADHAN




Marhaban Ya Ramadhan.

As-syakirin sekali lagi akan membuat jualan KURMA MARIYAMI DAN RUTOB, ZABIB/KISMIS, BUAH TIN BASAH DAN KERING,DAN KACANG CERDIK.

Semua hasil jualan akan dimasukkan dalam Tabung Sekolah.
Ibubapa yang ingin membeli atau tolong menjual/ beramal, di pejabat atau surau,
sila hubungi pejabat 03-55115393 atau HP 014-3387838/ 016-2657828 ( ustaz basir )


emel : sias2007@gmail.com

Khamis, Ogos 21, 2008

PAGAR DI SEPANJANG KORIDOR SEKOLAH

Sekolah telah mendapat kebenaran terhad daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi memasang pagar di sepanjang koridor sekolah.
Fungsi pagar ini adalah untuk menjaga keselamatan pelajar pada sebelah petang, bila dikuatkakan nanti, diluar koridor akan menjadi kawasan larangan bagi pelajar dan selepas ini pelajar dilarang dilarang berkeliaran atau merayau-rayau lagi.
Ibubapa boleh melihat anak tuan melalui kamera web.

emel : sias2007@gmail.com