Selasa, Oktober 14, 2008

HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

Sekolah Integrasi AS-Syakirin (SIAS) akan mengadakan
Jamuan Hari Raya pada hari Jumaat, 17 Oktober 2008
di dewan sekolah jam 9.00 pagi - 3.30 petang.
Semua dijemput hadir.
Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Pengurusan,
Pengetua, Guru-guru Kanan,
Persatuan Guru As-Syakirin,
Persatuan Ibubapa dan Guru SIAS,
Kakitangan SIAS,
Bekas Guru & Alumni SIAS,
pelajar -2
mengucapkan
Selamat Hari Raya Mohon Maaf Zahir & Batin,
Minal 'Aidin Wal Faizi,
Kullu 'Am wa Antum Bi Khairin,
Taqabbalallah minna wa minkum.
emel : sias2007@gmail.com

PMR 2008

Pelajar Tingkatan Tiga seramai 30 orang sedang menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) di Sekolah Tinggi Klang, bermula Isnin, 13/10/08 - Jumaat, 17/10/08.

Mohon doa restu daripada semua ibubapa dan pembaca blog, semoga mereka dapat menjawab dengan sempurna dan membahawa kejayan bagi dirinya, keluarganya dan sekolah.


emel : sias2007@gmail.com

Jumaat, September 26, 2008

CUTI SEKOLAH SEMPENA HARI RAYA

Sekolah akan mula bercuti sempena Hari Raya Ied al-Fitri pada
hari Sabtu, 27 September 2008 hingga Ahad, 5 Oktober 2008,
sekolah akan dibuka semula pada hari Isnin, 6 Oktober 2008.

Puasa Sunat Enam ( Syawal ) akan dikuatkuasakan
untuk pelajar Tahap Dua dan Menengah pada
Selasa-Khamis ( 7-9 Okt 08 ) dan Selasa - Khamis ( 14-16 Okt 08 ).
Kerjasama dan sokongan Tuan/Puan amat diharapkan.

Warga As-Syakirin merakamkan ucapan
"Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Maaf Zahir Batin, Minal Aidin Wal Faizin,
Taqabbalallah minna wa minkum."

Berhati-hati di jalan raya.

emel : sias2007@gmail.com
Person dan S
Right click for SmartMenu shortcuts