Jumaat, April 10, 2009

DIKEHENDAKI


Penjenayah ini telah datang ke As-Syakirin dengan berpura-pura ingin mendaftarkan anaknya, seterusnya dia telah menipu yang dia bekerja di Kastam Putrajaya, mengaku seorang Dato' dan telah memperdayakan As-Syakirin.

Orang ini sangat dikehendaki oleh Kastam Diraja Malaysia.Sesiapa yang melihat orang ini, sila hubungi polis terdekat.


emel : sias2007@gmail.com

Isnin, April 06, 2009

GOTONG ROYONG MENGECAT KELAS











Sabtu, 4 April 2009, pelajar, guru-guru dan ibubapa berganding bahu menjayakan Program Gotong-royong Mengecat Kelas. Program teresebut telah dirasmikan oleh YDP PIBG SIAS 09/10, Hj Mohd Nasir Khan pada jam 10.10. PIBG SIAS telah menaja cat sebanyak RM 1700++
Semoga dengan suasana kondusif yang baru ini, dapat menjadikan pelajar lebih rajin belajar seterusnya dapat meningkatkan prestasi pelajar dan sekolah.

Emel : sias2007@gmail.com

Jumaat, Mac 13, 2009

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH









untuk lebih banyak gambar lawat;
http://picasaweb.google.com/sias2007/MAULIDURRASUL1430H#


Hari ini, JUMAAT 13 Mac 2008, sambutan maulidur rasul peringkat sekolah diserikan dengan persembahan pelajar mengikut rumah sukan seterusnya perarakan pelajar, guru, kakitangan dan ibubapa melalui jalan depan sekolah ke depan accapela.

Majlis diteruskan dengan MSN [ Majlis Solawat Nabi] dipimpin oleh ustaz Misbahul Munir daripada Madrasah Murattil Qur'an Masjid AJustify Fulll Hidayah Seksyen 18, shah alam. Dan disambung dengan ceramah. Soalan-soalan berkaitan nabi muhammad dengan hadiah 'misteri' mendapat sambutan hangat daripada pelajar.