Rabu, Jun 23, 2010

PERANAN IBU BAPA

Ibu penyejuk hati, bapa penyemangat jiwa
Bapa pembangun jiwa, ibu penyuburnya
Anak-anak selalu dengan ibu,
jagalah akhlak mereka
Melalui pengajaran, melalui didikan
yang paling berkesan
Melalui tauladan
Bapa jarang ada di rumah,
jadikanlah tempat rujuk sahaja,
Apabila ada masalah di dalam keluarga,
tanyalah bapa
Melalui ibu sebagai perantaraan berilah tahu
kepadanya
Tidak salah kalau anak-anak terus direct
kepadanya asalkan jaga adab-adabnya
Segala sifat mahmudah latihlah di rumah,
di sekolah menambahnya
Latihlah mereka beribadah
disiplinkan sembahyangnya

Ajak mereka bekerja sama
mengurus rumah tangga
Programkan kerja-kerja,
di samping kerja-kerja sekolahnya
Anak-anak berilah kasih sayang
tapi jangan terlalu dinampakkan
Kecuali yang kecil-kecilnya
Latih juga di kalangan mereka
berkasih sayang sesamanya
Bertolong bantu, bermaafan, bertolak ansur
dan berlebih kurang
Ajarlah juga
Wujudkan di dalam keluarga,
ibu dan ayahlah modelnya
Mereka akan menirunya
Galakkan makan bersama
di dalam institusi keluarga
Ajar mereka adab-adab dan displinnya
Tidur baring, membaca dan rehat
tunjukkan juga
cara-caranya
Agar keluarga terurus, disiplin ada wujud harmoni
Itulah syurga rumah tangga,
sebelum syurga di akhirat sana


UNIT BADAR SIAS
Ditulis oleh : Abu Damia