Khamis, Februari 22, 2007

SUKAN SIAS '07



Sukan Sekolah Integrasi As-Syakirin telah dengan jayanya dilangsungkan di Stadium Utama Shah Alam pada 11 Februari 2007, dirasmikan oleh Hj Rosli b Bakar, Pengarah Perlesenan MBSA mewakili Datuk Bandar Shah Alam.


Rumah Kuning berjaya mengekalkan " Juara Keseluruhan" . Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar, semua rumah sukan yang berjaya "memeriahkan" sukan. Serta setinggi-tinggi terima kasih kepada Penaja, Penyumbang, Sukarelawan Ibubapa, Penyokong anak-2, Pelawat dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam sukan ini.


Jumpa lagi di Sukan SIAS '08.

INFO SEMASA AS-SYAKIRIN

Pada hari ini, Selasa 20 Februari 2007, ajk IT SIAS telah menyiapkan sebuah blog untuk menyebarkan berita-berita terkini as-syakirin kepada ibubapa atau sesiapa yang mengenali as-syakirin. selamat melayari. selamat hari jadi.