Selasa, Mac 06, 2007

TAMRIN AMAL SYABAB (pertama) 2007



Badan Beruniform Amal Syabab As-Syakirin, satu-satunya badan beruniform di Sekolah Integrasi As-Syakirin telah mengadakan Tamrin Amal Syabab Kali Pertama bagi tahun 2007. Amal Syabab diwajibkan bagi pelajar tahap dua dan pelajar Sekolah Menengah, mereka secara otomatik menjadi ahli Amal Syabab.


Amal bermakna aktiviti, syabab bermakna pemuda, Amal Syabab maknanya Aktiviti Pemuda As-Syakirin.

Aktiviti Mingguan Amal Syabab ialah Latihan Kawad setiap hari Rabu, 8.00 - 8.35 pagi di padang sekolah. Aktiviti Dwi Bulanan Amal Syabab ialah Tamrin Amal Syabab. bermula hari Jumaat petang ba'da Asar hingga Sabtu petang ba'da Zuhur.

Aktiviti Tahunan Amal Syabab ialah Mukhayyam SIAS, melibatkan semua guru dan pelajar thp 2 & menengah.


Program-program Amal Syabab digubal sama seperti badan beruniform di sekolah lain dengan penambahan dan menitikbertakan aktiviti rohani dan intelektual. Kami bekalkan ilmu tentang perkhemahan, pertolongan cemas, survivor, bela diri, zikir-2, doa ketika dalam hutan, isu semasa, intelektual dan lain-2.


Semoga daripada program Amal Syabab ini akan muncul pemimpin-2 masa depan yang bukan sahaja cekal, malah mempunyai minda yang kuat serta dibekalkan rohani yang mantap. Amin.