Jumaat, Julai 16, 2010

PROGRAM ISRA MI'RAJ 2010

Majlis Isra Mi'raj peringkat sekolah
diadakan pada hari Jumaat, 16 julai 2010.
Diserikan dengan ceramah Ustaz Haji Nik Razi b Nik Mat,
Pengerusi Akademi Nun Berhad (ANB)
Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Antaranya beliau menyentuh perkara pentingnya solat,
kecemerlangan pelajar, kemuliaan bulan rejab, syaaban dan ramadhan.

Isnin, Julai 05, 2010

ALIA JOHAN AMAL ISLAM NEGERI


TAHNIAH dan SYABAS.
Pelajar kita, Alia Nadhira bt Mohd Nizam, Tahun 5 telah dinobatkan sebagai JOHAN Pertandinagn Syarahan Bahasa Arab dalam Pertandingan Amal Islami Peringkat Negeri Selangor pada 4 Julai 2010 di Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang.
Tahniah juga kepada Siti Aishah bt Ahmad Zubir yang menyertai pertandingan Hafazan dan Terjemahan dalam peringkat yang sama.

Jumaat, Jun 25, 2010

AMAL ISLAMI SEK RENDAH PERINGKAT DAERAH 2010

KEPUTUSAN PERTANDINGAN AMAL ISLAMI PERINGKAT DAERAH
pada 9/5/10 di KAFA Kota Damansara Seksyen 7 Kota Damansara Petaling.

1. Syarahan BAHASA ARAB (PEREMPUAN) - JOHAN
- Alia Nadhira binti Mohd Nizam
- Mara ke peringkat Negeri pada 2-3 Julai 2010 di Tanjung Karang.

2. HAFAZAN DAN TERJEMAHAN (PEREMPUAN) - JOHAN
- Siti Aishah binti Ahmad Zubir
- Mara ke peringkat negeri.

3. SYARAHAN BAHASA ARAB (LELAKI) - tempat ketiga
- Umar hakim bin Yassir Azlin

AMAL ISLAMI SEKOLAH RENDAH 2010

Keputusan Pertandingan Amal Islami sek rendah Peringkat ZON 2 pada 24 April 2010 di KAFA As-Sakinah seksyen 27 Shah Alam ;

1. Syarahan BAHASA ARAB (LELAKI) - Naib Johan
- Umar Hakim bin Yassir Azlin
- mara ke peringkat Daerah

2. Syarahan BAHASA ARAB (PEREMPUAN) - Johan
- Alia Nadhira binti Mohd Nizam
- mara ke peringkat Daerah

3. Hafazan dan terjemahan (PEREMPUAN) - tempat kedua
- Siti Aishah binti Ahmad Zubir
- mara ke Peringkat Daerah

4. Tilawah Al-Qur'an (LELAKI) - Tempat Ketiga
- Azri Azhad bin Azman

5. Pidato (LELAKI) - tempat ketiga
- Muhd Aidil bn Mohd Zaidei

6. Nasyid Lelaki - tempat keenam

7. Tilawah Al-Qur'an (PEREMPUAN) - tempat ke enam
- Balqish Safea binti Abdullah


emel : sias2007@gmail.com

Rabu, Jun 23, 2010

PERANAN IBU BAPA

Ibu penyejuk hati, bapa penyemangat jiwa
Bapa pembangun jiwa, ibu penyuburnya
Anak-anak selalu dengan ibu,
jagalah akhlak mereka
Melalui pengajaran, melalui didikan
yang paling berkesan
Melalui tauladan
Bapa jarang ada di rumah,
jadikanlah tempat rujuk sahaja,
Apabila ada masalah di dalam keluarga,
tanyalah bapa
Melalui ibu sebagai perantaraan berilah tahu
kepadanya
Tidak salah kalau anak-anak terus direct
kepadanya asalkan jaga adab-adabnya
Segala sifat mahmudah latihlah di rumah,
di sekolah menambahnya
Latihlah mereka beribadah
disiplinkan sembahyangnya

Ajak mereka bekerja sama
mengurus rumah tangga
Programkan kerja-kerja,
di samping kerja-kerja sekolahnya
Anak-anak berilah kasih sayang
tapi jangan terlalu dinampakkan
Kecuali yang kecil-kecilnya
Latih juga di kalangan mereka
berkasih sayang sesamanya
Bertolong bantu, bermaafan, bertolak ansur
dan berlebih kurang
Ajarlah juga
Wujudkan di dalam keluarga,
ibu dan ayahlah modelnya
Mereka akan menirunya
Galakkan makan bersama
di dalam institusi keluarga
Ajar mereka adab-adab dan displinnya
Tidur baring, membaca dan rehat
tunjukkan juga
cara-caranya
Agar keluarga terurus, disiplin ada wujud harmoni
Itulah syurga rumah tangga,
sebelum syurga di akhirat sana


UNIT BADAR SIAS
Ditulis oleh : Abu Damia

AKHLAK HARGA DIRI MANUSIA

Akhlak Harga Diri Manusia

Janganlah suka cakap yang sia-sia
Seperti cakap merapu yang tidak ada manfaatnya
Cakap yang tidak disukat, tidak fikir dosa Orang benci,
Tuhan lebih-lebih lagi tidak suka
Bergembira tidaklah salah tapi jaga tatasusila
Berhibur bukanlah salah tapi di dalam batas-batas agama
Akhlak kenalah jaga, ia maruah kita
Tidak ada akhlak, manusia tidak percaya
Orang yang tidak berakhlak orang yang sudah tidak malu
Orang yang tidak malu tindakan dia tidak fikir dosa pahala
Dia tidak fikir lagi apa orang kata
Bahkan cercaan orang jiwanya tidak rasa apa-apa
Begitulah hati bila sudah mati
Perkara yang memalukan tidak terasa apa-apa lagi
Bahkan dia berbangga pula dengan perbuatannya
Hatinya berkata, apa orang hendak kata, katalah peduli apa
Harga diri manusia adalah akhlaknya
Tidak ada akhlak, harga diri pun tidak ada
Jika harga diri tidak ada
Binatang lebih bernilai dari manusia

UNIT BADAR SIAS
Ditulis oleh : Abu Damia

QURAN PEMBELA HARI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an.Wallahu "alam.
UNIT BADAR SIAS
Ditulis oleh : Abu Damia

PESANAN AL-IMAM AL-GHAZALI : MENGHINDARI MAKSIAT ZAHIR

Jagalah baik-baik seluruh anggotamu, terutamanya anggotamu yang TUJUH kerana pintu Neraka itu TUJUH dan telah ditentukan setiap pintu itu untuk dimasuki oleh kumpulan yang telah melakukan perbuatan MAKSIAT dengan salah satu diantara TUJUH anggota badan iaitu mata, telinga, perut, kemaluan, tangan dan kaki.
UNIT BADAR SIAS
Ditulis oleh : Abu Damia

Jumaat, April 09, 2010

SESI RAPTAI SUKAN 2010

HARAPAN KAMI GURU2+PELAJAR2+PIBG AGAR SEMUA WARGA SIAS DAPAT DATANG BERAMAI2 UNTUK MENJAYAKAN SUKAN TAHUNAN BUAT KALI YANG KE 10 PENGANJURANNYA.GIMIK RAPTAI PADA HARI INI JUMAAT 09/04/2010 SANGAT LAH MENARIK SEKALI.

BANTUAN DRP SEMUA ALUMNI DAN PARENT UNTUK MEMBANTU DALAM ACARA YANG DIPERTANDINGKAN AMAT2 DIALU-ALUKAN KHUSUS SEBAGAI PENGADIL DAN SUKARELAWAN SUKAN.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS BERHUBUNG DENGAN PENGARAH SUKAN 2010 US KHAIRUL AZHAR DI TALIAN 017 9662891.

Ahad, April 04, 2010

HARI KANTIN 2010


TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU2,PELAJAR2,IBU BAPA ,PIBG DAN ALUMNI YANG SAMA2 MENJAYAKAN HARI KANTIN PADA TAHUN INI.SUNGGUH MERIAH DAN MENARIK SEKALI.

Sabtu, April 03, 2010

MERENTAS DESA
























MERENTAS DESA 2010 BERMULA DI TAPAK PARKING STADIUM DAN BERAKHIR DI PINGGIRAN LUAR STADIUM

TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA MERENTAS DESA YANG BERJAYA PADA HARI RABU 31HB MARCH 2010 YANG LALU.

BAGI YANG KALAH TAHUN DEPAN MASIH ADA,YANG MENANG JANGAN MERASA HEBAT DAN SOMBONG.

Isnin, Februari 01, 2010

GOTONG ROYONG 2010

PIBG SIAS akan mengadakan Program Gotong Royong
pada hari Sabtu, 6 Februari 2010 jam 9.00 pagi
semua dijemput hadir memeriahkannya.

TAMRIN AMAL SYABAB PERTAMA SESI 2010

Badan Beruniform : Pergerakan Amal Syabab As-Syakirin akan mengadakan
Tamrin Amal Syabab pertama sesi 2010 pada
hari Jumaat-Sabtu, 5-6 februari 2010
semua pelajar tahap dua dan menenagah
diwajibkan menyertainya.

Selasa, Januari 26, 2010

Nasi Lemak Kopi O: 18 Disember 09

klik link di bawah untuk melihat kembali persembahan tersebut ;

Nasi Lemak Kopi O: 18 Disember 09#ancPlayer#ancPlayer#ancPlayer


anda perlu mendaftar dengan tv9 terlebih dahulu.

Blog Sias Berwajah Baru

Sempena Sesi Persekolahan 2010, blog SIAS berwajah baru.
Lebih dinamik, lebih kemas, tersusun dan mesra pengguna, diharapkan ibubapa dapat menggunakan medium ini sebaik mungkin.

Ibubapa juga diingatkan,
bahawa sekolah menggunakan sistem SMS "infoblaster"
untuk berhubung melalui sms, sila daftar ke pejabat bagi yang belum
memberi nombor telefon hp bagi memudahkan komunikasi.

Sekolah juga mempunyai forum yahoo serta facebook,
sila beri emel atau daftar di laman berkenaan.
terima kasih diatas kerjasama
bagi membangunkan
modal insan
kamil.

emel : sias2007@gmail.com

Selasa, Januari 19, 2010

GENG BAHASA ARAB



Saksikan dan sokong pelajar as-syakirin dalam program terbaru TV9,
GENG BAHASA ARAB setiap isnin-jumaat 6.30 petang.

emel : sias2007@gmail.com