Rabu, Ogos 27, 2008

NAK TENGOK ANAK BULAN ?

jom, tengok anak bulan.
nanti 30 ogos 2008 tengok balik.

http://www.calculatorcat.com/moon_phases/phasenow.php

dan

http://moonsighting.com/1429rmd.html



emel : sias2007@gmail.com

PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK




Bidang Kemanusiaan Sekolah Rendah mengadakan Bulan Kemerdekaan sempena kemerdekaan Malaysia ke-51.
Pertandingan Lagu Patriotik diadakan pada hari Rabu, 27 Ogos 2008 di Dewan. Setiap kelas ( kecuali Tahun 6 ) mempersembahkan Lagu Patriotik dibawah bimbingan Guru Kelas masing-masing.
Penilaian berdasarkan Cara Penyampaian, Kreativiti, Kerjasama dan Ketertiban. Pemenang akan mendapat hadiah wang tunai dan dibahagikan mengikut tahap.
Tahap Satu ( Tahun 1-3 ) : tempat pertama - ketiga
Tahap Dua ( Tahun 4-5 ) : tempat pertama - ketiga

MERDEKA !!!!! MERDEKA !!!!! MERDEKA !!!!!


EMEL : sias2007@gmail.com

Isnin, Ogos 25, 2008

KAWASAN MENURUNKAN PELAJAR



Merujuk kepada Minit Mesyuarat Syura dan cadangan ibubapa dalam forum as-syakirin ( yahoo ) maka, SATU KAWASAN MENURUNKAN PELAJAR SAHAJA telah dikenalpasti.


Bermula hari Isnin, 25 Ogos 2008 pengawas sekolah akan menjaga kawasan tersebut bagi mengingatkan Ibubapa dan penjaga bahawa dalam "Kawasan Menurunkan Pelajar Sahaja" ibubapa dilarang menunggu atau meletak kereta

pada masa kemuncak menghantar pelajar iaitu jam 7.30 - 7.50 pagi.

Untuk masa mengambil ( jam 3.30 - 4.30 petang ) masih

dalam perbincangan dan cadangan.

Kerjasama semua ibubapa dalam perkara di atas amat diharapkan

bagi kemudahan dan keselesaan semua pihak.



sebarang cadangan sila hantar ke sias2007@gmail.com

Jumaat, Ogos 22, 2008

JUALAN SEMPENA RAMADHAN




Marhaban Ya Ramadhan.

As-syakirin sekali lagi akan membuat jualan KURMA MARIYAMI DAN RUTOB, ZABIB/KISMIS, BUAH TIN BASAH DAN KERING,DAN KACANG CERDIK.

Semua hasil jualan akan dimasukkan dalam Tabung Sekolah.
Ibubapa yang ingin membeli atau tolong menjual/ beramal, di pejabat atau surau,
sila hubungi pejabat 03-55115393 atau HP 014-3387838/ 016-2657828 ( ustaz basir )


emel : sias2007@gmail.com

Khamis, Ogos 21, 2008

PAGAR DI SEPANJANG KORIDOR SEKOLAH

Sekolah telah mendapat kebenaran terhad daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi memasang pagar di sepanjang koridor sekolah.
Fungsi pagar ini adalah untuk menjaga keselamatan pelajar pada sebelah petang, bila dikuatkakan nanti, diluar koridor akan menjadi kawasan larangan bagi pelajar dan selepas ini pelajar dilarang dilarang berkeliaran atau merayau-rayau lagi.
Ibubapa boleh melihat anak tuan melalui kamera web.

emel : sias2007@gmail.com

KELAS TAMBAHAN SEPANJANG CUTI

Bagi pelajar Tahun 6, Tingkatan 3 dan 5, mereka diwajikan menghadiri KELAS TAMBAHAN sepanjang cuti ini, ini bagi persediaan menghadapi peperiksaan yang akan menjelang.



emel : sias2007@gmail.com

Khamis, Ogos 14, 2008

Takziah

Telah pulang ke rahmatullah pada hari ini, Dato' Mohd Piah, bapa kepada Ustaz Basir Mohd Piah, Pemangku Pengetua Sekolah Integrasi As-syakirin.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.
allahummaghfir lahu warhamhu wa 'afihi wa'fu anhu.

semoga arwah di tempatkan di sisi golongan orang yang soleh.
Amin.


hari ini khamis, 14 ogos 2008, semua warga sekolah mendirikan solat ghaib, bacaan yasin dan tahlil.

sias2007@gmail.com

Rabu, Ogos 13, 2008

IMUNISASI PELAJAR TAHUN 1, 6 DAN TINGKATAN 3





Pelajar Tahun Satu, Tahun Enam dan Tingkatan Tiga telah mendapat suntikan imunisasi di Poliklinik Komuniti Seksyen 7, Shah Alam.


sias2007@gmail.com

SEMPENA HARI KANTIN 2008

Sekolah Integrasi akan mengadakan HARI KANTIN SEKOLAH 2008 pada hari Jumaat, 29 ogos 2008.

Ahlan Wa Sahlan Wa Marbahan Ya RAMADHAN

"semua dijemput hadir"


sias2007@gmail.com

SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ

Sambutan Isra' Mikraj Peringkat sekolah diadakan pada hari Jumaat, 8 Ogos 2008 di dewan sekolah pada pukul 8.00 - 10.30 pagi.

Selepas Lagu Negaraku dan Asmaul Husna, pelajar menunaikan Solat Dhuha berjemaah.
Majlis ini dipengerusikan oleh Ustaz Haez Abd Rahim.

Ustaz Mohd Sobri Abdullah tenaga pengajar SIAS ( bekas vokalis Shoutul Amal ) membacakan Al-Qur'an berlagu, bagi menambah keberkatan Majlis.

Majlis diteruskan dengan Ceramah Isra' Mikraj oleh Ustaz Mohd Miftah Anuar, Imam Masjid Desa Petaling, Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Antara isi ceramahnya ;

- Solat lima waktu adalah kunci kejayaan seorang mukmin.
- Tips menjadi Insan Kamil
- bersihkan hati
- Bersahabat dengan sahabat yang baik
- hormati guru
- kehidupan yang bagus
- qiyamul lail
- solat lima waktu

sias2007@gmail.com

Rabu, Ogos 06, 2008

JEMPUTAN KE MAJLIS SOLAT HAJAT

Semua pelawat di jemput ke Majlis Solat Hajat Perdana Sekolah Integrasi As-Syakirin (SIAS) pada hari Khamis, 7 Ogos 2008 di Dewan As-Syakirin.

Tentatif :
hari khamis = semua guru dan pelajar ( Tahap Dua dan Menengah ) puasa sunat
6.30 ptg = Ucapan Aluan
6.40 ptg = Bacaan Yasin dan Tahlil
7.29 mlm = Doa Berbuka Puasa, Azan, Solat Maghrib
7.40 mlm = Makan Malam
8.15 mlm = Ceramah Motivasi oleh Ustaz Azmi ( Saufee Production & Training )
9.30 mlm = Solat Isya & Solat Hajat
10.00 mlm = bersurai

"Semua Dijemput Hadir"





sias2007@gmail.com