Rabu, Disember 23, 2009

ORIENTASI TAHUN SATU 2010

Hari Orientasi Tahun Satu bagi sesi persekolahan 2010
akan diadakan pada hari Khamis, 31 Disember 2009
di dewan sekolah.

semua calon pelajar tahun satu dan ibubapa dijemput hadir.

emel : sias2007@gmail.com

QASEDAH SIAS @ TV9



Kumpulan Qasedah As-Syakirin telah membuat persembahan secara langsung di TV9 dalam program NASI LEMAK KOPI-O pada hari Jumaat sempena Ma'al Hijrah 1421H.


emel : sias2007@gmail.com

Isnin, November 09, 2009

PENDATARAN BARU 2010

Pendaftaran Baru dan Pendaftaran Pelajar Lama
bagi sesi persekolahan 2010
telah dibuka,
sila hubungi pentadbiran 03-55115393/94 untuk maklumat lanjut.
atau fax : 03-55115397 atau emel : sias2007@gmail.com
TEMPAT TERHAD.
...

Khamis, Ogos 13, 2009

KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN BOWLING SIAS 09

KEPUTUSAN PENUH

PERTANDINGAN BOWLING SIAS 09

KATEGORI KUMPULAN

Kategori/ Juara /Lane /Game1 /Game2 /Game3 /Total /Nama Anggota


Tahap Satu

Johan /2 /246 /201 /267 =714 /Naqib, Affan, Amin, Amir

Naib Johan/ 1 /85 /112 /87 =284 /Tariq, M. Irfan, RAzib


Tahap Dua

Johan /5 /187 /218 /212 =617 /Afwan, Musleh, Arif, Shahmi

Naib Johan/8 /212 /177 /196 =85 /Syahmi, Rafiq, Waliuddin, Syakir, Mohd

Tempat Ke-3 /4 /187 /190 /170 =547 /Danish, Arif, Syamil, Amir

Ke-4 /3 /178 /148 /188 =514 /Fareez, Adam, Eidil, Syaza


Menengah L

Johan /10 /258 /321 /315 =894 /Nabil, Hafizi, Syukri, Fikri

Naib Johan /11 /227 /268 /253 =748 /Adli, Hidayah, Shahrul, Hafiz

Tempat Ke-3 /6 /219 /175 /255 =649 Aiman, Danial, Raja, Aiman


Menengah P

Johan /7 /331 /295 /316 =1032 /Hidayah, Puteri, fatehah, hajar

Naib Johan /9 /179 /221 /259 =749 /Khadijah, Farzana, Lyana, Fatima


Kategori Open

Johan /20 /410 /404 /433 = 1247 /Nizam, Syed, Amin, Zulkhairi

Naib Johan / 15 /436 /353 /324 =1203 Eliza, Harizan, Hilman, Nurin

Ke-3 /18 /355 /296 /381 =1032 Dr Norhisham, husshaini, Basir


KATEGORI INDIVIDU

Tahap Satu

Johan = W. M. Naqib. Jatuhan Pin : 124 /137 /151 = 412

Naib Johan = Affan. Jatuhan Pin : 79/ 58 /75 =212

Tmp Ke-3 = Razib. Jatuhan Pin : 39/ 40 /48 =127


Tahap Dua

Johan = Rafiq. Jatuhan Pin 85 79 76 = 240

Naib = Adam. Jatuhan Pin 90 71 66 = 227

Ke-3 = Danish. Jatuhan Pin 55 91 66 = 212


Men-L

Johan = Nabil. Jatuhan Pin 105 122 118 = 345

Naib = Shahrul. Jatuhan Pin 99 79 89 = 267

Ke-3 = M Hafiz. Jatuhan Pin 68 103 94 = 265


Men-P

Johan = Puteri Nadia Jatuhan Pin 130 122 170 = 422

Naib = fatehah. Jatuhan Pin 97 91 84 = 272

Ke-3 = HIdayah. Jatuhan Pin 104 68 62 = 234


Guru-L

Johan = Arifin. Jatuhan Pin 68 91 150 = 309

Naib = Solahuddin. Jatuhan Pin 79 84 111 = 274

Ke-3 = Basir. Jatuhan Pin 73 85 83 = 241


Guru-P

Johan = Syafila. Jatuhan Pin 82 111 91 = 284

Naib = Akmal. Jatuhan Pin 52 105 97 = 249

Ke-3 = Siti. Jatuhan Pin 73 88 80 = 241


Bapa

Johan = Dr. Morhisham. Jatuhan 186 123 198 = 507

Naib = Harizan. Jatuhan Pin 176 150 134 = 500

Ke-3 = Shaiffie. Jatuhan Pin 119 130 145 = 394


Ibu

Johan = Eliza 145 107 125 = 377

Naib = Raja Nor 86 116 142 = 344

Ke-3 =Shamsiah 100 130 85 = 315


Alumni

Johan = Syed Arif 150 176 174 = 500

Naib = Zulkhairi 145 113 112 = 370

Ke-3 = Nizam 115 106 127 = 348


Semoga kejayaannya menjadi pendorong semangat kepada yang lain.
emel : sias2007@gmail.com

Isnin, Julai 13, 2009

TAMRIN AMAL SYABAB KETIGA 2009

Tamrin Amal Syabab Ke-3 bagi sesi 2009 telah dijalankan dengan jayannya pada
hari Jumaat-Sabtu, 10-11 Julai 2009. Semester kedua, program ini dibantu oleh
urusetia daripada Tingkatan Empat.

Seramai 97 orang telah menyertai program ini.
semoga program seumpama ini dapat memberi input rohani
untuk bekalan di hari kemudian.

emel : sias2007@gmail.com

Rabu, Julai 08, 2009

hari keusahawanan






Sekolah telah mengadakan Hari Keusahawanan As_Syakirin 27 Jun 2009 di depan sekolah
Untuk melihat koleksi gambar lawat kantin sias

emel : sias2007@gmail.com

Khamis, Jun 25, 2009

hari keusahawanan assyakirin

HARI KEUSAHAWANAN AS-SYAKIRIN 2009
akan diadakan pada hari SABTU, 27 jun 2009.
semua dijemput hadir memeriahkannya.

pertanyaan sila emel : sias2007@gmail.com

Selasa, Jun 16, 2009

MUSIAS VIII : Kegemilangan Khulafaur Rashidin

ATURCARA PROGRAM MUSIAS VIII

Selasa, 26 Mei 2009
08.00 pagi : Ahlan wa sahlan
08.30 : Solat Dhuha dan Solat Musafir
09.00 : Hijrah ath-thaniah ila Ulu Bendul
11.30 : FATHUL BENDUL dan WAZARAH
02.00 ptg : Solat Jamak Zuhur & Asar
03.30 : Aktiviti 1 : “AL-MUNAFASAH ALA AL-BARRI WA AL-BAHRI”
05.00 : istirahah
06.30 : haya ‘ala al-asya’
07.30 mlm : Solat Jamak Maghrib & Isya’ dan KULIM [kuliah lima minit]
09.00 : Aktiviti 2 : “MAJLIS TAHKIM”
12.00 : el-Quab, jiwa ragaku

Rabu, 27 Mei 2009
05.00 pagi : Qiamullail
06.00 : Solat Subuh & KULIM
07.00 : Sobahul Khair
07.30 : haya ‘ala al-futhur
09.00 : Aktiviti 3 : “TAMRIN AL-JUNDIL AL-‘AWWAL”
11.00 : Aktiviti 4 : “TAMRIN AL-JUNDIL AL-THANI”
12.30 tghr : haya ‘ala al-ghada’
01.30 ptg : Solat Jamak Zuhur & Asar dan KULIM
03.00 : Aktiviti 5 : “PERANG RIDDAH”
06.30 : haya ‘ala al-asya’
07.30 mlm : Solat Jamak Maghrib & Isya’ dan KULIM
09.00 : “PERANG JAMAL”
11.30 : Solatul Khauf
12.00 : “PERANG SIFFIN”

Khamis , 28 Mei 2009
06.00 : Solat Subuh & KULIM
07.00 : Sobahul Khair
07.30 : haya ‘ala al-futhur
09.00 : Aktiviti 6 : “XPDC JABAL ANGSI”
02.00 : Solat Jamak Zuhur & Asar di kaki gunung
07.00 : istirahah
08.00 mlm : Solat Maghrib & Isya’ dan KULIM
09.00 : Aktiviti 7 : “ISTIGHASAH AL-KUBRA”
11.30 : el-Quab, Jiwa Ragaku

Jumaat, 29 Mei 2009
06.00 : Solat Subuh & Tazkirah dan KULIM
07.00 : Sobahul Khair
09.00 : TA’AWANU ‘ALA AL-BIRRI WA AL-TAQWA
10.00 : KHITAMUHU AL-MISQ
2.00 : Bertolak ke Shah Alam

emel : sias2007@gmail.com

Selasa, Jun 09, 2009

MUKHAYYAM SIAS 2009

[MUSIAS VIII]

PROGRAM PERKHEMAHAN

BADAN BERUNIFORM, PERSATUAN & KELAB

SEKOLAH INTEGRASI AS-SYAKIRIN [SIAS]

No. 14, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel : 03-55115393/4, Fax : 03-55115397, emel : sias2007@gmail.com http ://www.sekolahintegrasiassyakirin.blogspot.com

MUQQADDIMAH

Anak merupakan pewaris pemimpin masa hadapan. Bahkan tidak disangkal lagi bahawa golongan muda adalah cerminan masa depan suatu bangsa. Jika baik golongan ini, maka cerahlah masa depan bangsa. Dan jika rosak golongan ini, maka tidak diketahui masa depan bangsa tersebut.

Golongan muda perlu dicorakkan sejak di bangku sekolah lagi, bukan sahaja ilmu-ilmu dalam kelas tetapi perlu juga didedahkan kepada aktiviti di luar kelas bagi menghadapi cabaran dan dugaan yang sebenar yang semakin mencabar.

Ko-kurikulum memang sangat berkesan untuk membina sakhsiah dan mengasah jati-diri pelajar. Tidak hairanlah kerajaan sangat mengambil berat perkara di atas dengan mengambil-kira kecemerlangan ko-kurikulum sebelum masuk ke IPTA.

Justeru, Sekolah Integrasi As-Syakirin tidak ketinggalan dalam menggarap program yang holistic di luar bilik darjah bagi menghasilkan pelajar yang berjiwa besar.

MATLAMAT

“Membentuk pelajar yang mempunyai daya juang, daya saing, sahsiah yang cemerlang, akhlak terpuji dan berketrampilan yang terbilang serta sihat jasmani dan rohaninya.

OBJEKTIF

Program perkhemahan ini bertujuan untuk ;

1. Memperaktikkan ilmu-ilmu akademik dan diniyyah

2. Menggilap dan memperkembang potensi kepimpinan dalam diri pelajar

3. Melatih pelajar menangani konflik dan menyelasaikan masalah

4. Melatih pelajar berdisiplin, berdikari dan berkeyakinan diri

PELAKSANAAN

Program perkhemahan ini akan diadakan pada ;

Hari : Selasa – Jumaat

Tarikh : 26-29 Mei 2009

Tempat : Tapak Perkhemahan Hutan Ulu Bendul,

Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus.

PESERTA

Program perkhemahan ini adalah program wajib bagi pelajar Tahap Dua [ Tahun 4,5 dan 6 ] dan pelajar Sekolah Menengah dengan perincian seperti berikut ;

SEKOLAH RENDAH

Tahun 4 : 18 lelaki; 6 perempuan ; = 24 orang

Tahun 5 A : 11 lelaki; 8 perempuan ; = 19 orang

Tahun 5 B : 7 lelaki; 4 perempuan ; = 11 orang

Tahun 6 A : 7 lelaki; 7 perempuan ; = 14 orang

Tahun 6 B : 7 lelaki; 7 perempuan ; = 14 orang

SEKOLAH MENENGAH

Tingkatan 1 : 18 lelaki; 6 perempuan ; = 24 orang

Tingkatan 2 : 15 lelaki; 9 perempuan ; = 24 orang

Tingkatan 3 : 10 lelaki; 11 perempuan ; = 21 orang

Tingkatan 4 : 9 lelaki; 6 perempuan ; = 15 orang

Tingkatan 5 : 8 lelaki; 6 perempuan ; = 14 orang

---------------------------------------------------------------------------------

Jumlah : 110 lelaki; 70 perempuan ; = 180 orang

GURU

Diiringi oleh Guru Penasihat seramai =

8 lelaki;

12 perempuan

JUMLAH : 20 orang

JUMLAH KESELURUHAN 180 + 20 = 200 ORANG

Pelajar dan Guru dibahagikan kepada EMPAT Rumah Sukan ;

RUMAH BIRU = 45 orang pelajar dan 5 orang guru

RUMAH HIJAU = 45 orang pelajar dan 5 orang guru

RUMAH KUNING = 45 orang pelajar dan 5 orang guru

RUMAH MERAH = 45 orang pelajar dan 5 orang guru

LOKASI

Sejak tahun 2002, program perkhemahan ini pernah diadakan di ;

Mukhayyam 1 : di Hutan Lipur Lintang, Bentong, Pahang

Mukhayyam 2 : di Pantai Kuala Linggi, Melaka

Mukhayyam 3 : di Hutan Lipur Chamang, Bentong, Pahang

Mukhayyam 4 : di kaki Gunung Ledang, Tangkak, Johor

Mukhayyam 5 : di Sungai Bil, Perak

Mukhayyam 6 : di Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan

Mukhayyam 7 : di Hutan Lipur Chamang, Bentong, Pahang

Mukhayyam 8 : Pada tahun ini, 2009, Mukhayyam akan diadakan di ;

Tapak Perkhemahan Hutan Lipur Ulu Bendul,

Kuala Pilah Negeri Sembilan Darul Khususn

memandangkan kemudahan yang disediakan adalah lengkap dan harganya berpatutan. Tempat ini juga pernah menjadi tuan rumah Jambori Pengakap peringkat ASEAN.

PENUTUP

Semoga program ini dapatkan merapatkan ukhuwwah pelajar dan guru serta masyarakat. Serta dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang perlunya mereka bermasyarakat.

Disediakan oleh :

Arifin Aziz Nurwakhid, Guru Penolong Kanan [Ko-Kurikulum], Sekolah Integrasi As-Syakirin 2009
emel : sias2007@gmail.com

nota : untuk mengelakkan salahfaham pelawat, perkhidmatan shoutbox digantung buat sementara waktu. sila gunakan saluran rasmi untuk memberikan maklumbalas.

Rabu, Mei 13, 2009

TERBAIK UPKK 2008

.
Mohamad Aqiff Hakim bin Hj Mohamad Ariff telah diaugerahkan PELAJAR TERBAIK UPKK 2008
peringkat Sekolah Integrasi As-Syakirin dengan memperolehi 7A1B .
TAHNIAH DAN SYABAS.
Semoga kecemerlangannya ini akan menjadi inspirasi kepada semua pelajar.

Jumaat, Mei 08, 2009

AJK PIBG 2009/2010

JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA & GURU [PIBG] 2009-2010
Penaung 1 : Pengerusi Lembaga Pengarah
Penaung 2 : Pengerusi Jemaah Pengurusan
Penasihat 1 : Ustaz Basir Mohd Piah, Pengetua
Penasihat 2 : Ustazah norazaai Hj Tahir, Timbalan Pengetua
Ex-offixio : GPK-GPK
Ahli Kehormat : Dato' Shamshudin Hj Nor
YDP : Tn Hj Suhaimi b Mahmood
TYDP : En Yusof b Ismail
Setiausaha : Ustazah Nurliza bt Ahmad
Naib Setiausaha : Ustazah Nor'Atiyah bt Mansor
Bendahari : Ustaz Zulhazmi b Abd Razak
Ahli-ahli Jawatankuasa ;
1. En Ahmad Fuad b Onah
2. En Hazri b Abu Bakar
3. En Habibul Rashidi b Ghazalli
4. Dr Fairuz Asyikin bt Abd Kadri
5. Pn Shamsiah bt Saad
6. Pn Zuraini bt Md Sazari
7. Ustaz Abdul Haez b Abd Rahim
8. Ustaz Mahathir b Mohd Nor
9. Ustazah Nor Shahidah bt Mohd Saad
10. Ustazah Roslia bt Mohamed Sheriff
11. Ustazah Salinah bt Abd Halim
Tahniah dan Syabas diatas pelantikan tuan/puan
Ajk PIBG akan bermesyuarat kali pertama pada hari Sabtu, 16 Mei 2009
Sila hantar emel jika ada cadangan untuk dibincangkan,
emel : sias2007@gmail.com

Isnin, Mei 04, 2009

TAMRIN AMAL SYABAB KE-2 2009

Syabas dan Tahniah!!!
Tamrin Amal Syabab siri kedua sesi 2009 telah dengan jayanya diadakan pada hari Khamis-Jumaat, 30 April - 1 Mei 2009 dengan tema "Pra-Mukhayyam". Antara aktiviti yang dijalankan ialah latihan memasak, membina gajet, mendirikan khemah, pertolongan cemas, dan lain-lain.
Konsep mukhayyam pada tahun ini ialah "kegemilangan khulafa'ur rasyhidin menjana kecemerlanga generasi muda." bertepatan dengan konsep diatas, satu ceramah khas berkenaan khulafaur rashidin diadakan pada sebelah malam dengan pembentang ustaz jemputan.
Program amal syabab kali ini juga diadakan serentak dengan program qiamullail, justeru penekanan dalam aktiviti tazkiyatun nafsi sebelah satu pertiga malam yang akhir amat dititik-beratkan. Antara programnya ialah solat tahajjud, solat taubah, solat hajat, solat witir, zikir munajat, dan doa keinsafan.
Program sebegini adalah program dwi-bulanan yang Lembaga Pengarah amat mengambil berat, sebab inilah aplikasi ilmu yang syumul yang menggunakan keseluruhan potensi pelajar daripada segi Spiritual Physical Intelektual Emotional dan Social-nya. Dan apabila terhasil satu natijah nantinya adalah menuju ke arah insan kamil. Kami faham bahawa mendidik adalah satu usaha yang berterusan, justeru kami mohon kerjasama semua pihak dalam usaha kita membina sebuah generasi muda yang syumul sebagai pewaris kepimpinan masa hadapan.
Jumpa anda di Mukhayyam.
Nota : MUSIAS VIII [Mukhayyam Sekolah Integrasi As-Syakirin] ke-8 sesi 2009 akan diadakan di Tapak Perkhemahan Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 26-29 Mei 2009

emel : sias2007@gmail.com

Isnin, April 27, 2009

AS-SYAKIRIN MARA KE PERINGKAT DAERAH











As-Syakirin yang menghantar kontijennya ke Pertandingan Amal Islami JAIS peringkat Zon 2 telah memenangi kategori ;
JOHAN Syarahan Bahasa Arab (Putra) = Adik Danish Ameerul Sohaimi
JOHAN Syarahan Bahasa Arab (Putri) = Adik Alia Nadhira Mohd Nizam
TEMPAT KE-3 Tilawah (Putra) = Adik Azri Azhad Azman
TEMPAT KE-3 Tilawah (Putri) = Adik Nur Khairunnisa Abd Razak
TEMPAT KE-3 Khat (Putra) = Adik Ahmad Irfan Saiffie
TEMPAT KE-4 Khat (Putri) = Adik Siti Mariam Hasanuddin

JOHAN akan mara ke Peringkat Daerah pada 16 Mei 2009
Kita doakan mereka akan berjaya meraih kecemerlangan seterusnya.

emel : sias2007@gmail.com

Sabtu, April 25, 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG SIAS KE-7

Mesyuarat Agung PIBG SIAS ke-7 2009
telah diadakan pada hari Sabtu, 26 April 2009 di dewan As-Syakirin
dirasmikan oleh Tn Hj Ir Izham Hashim
Pengerusi Lembaga Pengarah SIAS.

Selasa, April 14, 2009

AMAL ISLAMI


Pelajar SIAS cemerlang dalam Pertandingan Amal Islami Peringkat Kumpulan A Zon 1 Petaling
a. Syarahan BA Putra = Johan
b. Syarahan BA putrid = Johan
c. Khat Putri = Johan
d. Khat Putra = tempat ketiga
e. Tilawah Putra = tempat ketiga
f. Tilawah Putri = Naib Johan


emel : sias2007@gmail.com

Jumaat, April 10, 2009

DIKEHENDAKI


Penjenayah ini telah datang ke As-Syakirin dengan berpura-pura ingin mendaftarkan anaknya, seterusnya dia telah menipu yang dia bekerja di Kastam Putrajaya, mengaku seorang Dato' dan telah memperdayakan As-Syakirin.

Orang ini sangat dikehendaki oleh Kastam Diraja Malaysia.Sesiapa yang melihat orang ini, sila hubungi polis terdekat.


emel : sias2007@gmail.com

Isnin, April 06, 2009

GOTONG ROYONG MENGECAT KELAS











Sabtu, 4 April 2009, pelajar, guru-guru dan ibubapa berganding bahu menjayakan Program Gotong-royong Mengecat Kelas. Program teresebut telah dirasmikan oleh YDP PIBG SIAS 09/10, Hj Mohd Nasir Khan pada jam 10.10. PIBG SIAS telah menaja cat sebanyak RM 1700++
Semoga dengan suasana kondusif yang baru ini, dapat menjadikan pelajar lebih rajin belajar seterusnya dapat meningkatkan prestasi pelajar dan sekolah.

Emel : sias2007@gmail.com

Jumaat, Mac 13, 2009

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH









untuk lebih banyak gambar lawat;
http://picasaweb.google.com/sias2007/MAULIDURRASUL1430H#


Hari ini, JUMAAT 13 Mac 2008, sambutan maulidur rasul peringkat sekolah diserikan dengan persembahan pelajar mengikut rumah sukan seterusnya perarakan pelajar, guru, kakitangan dan ibubapa melalui jalan depan sekolah ke depan accapela.

Majlis diteruskan dengan MSN [ Majlis Solawat Nabi] dipimpin oleh ustaz Misbahul Munir daripada Madrasah Murattil Qur'an Masjid AJustify Fulll Hidayah Seksyen 18, shah alam. Dan disambung dengan ceramah. Soalan-soalan berkaitan nabi muhammad dengan hadiah 'misteri' mendapat sambutan hangat daripada pelajar.

Khamis, Februari 19, 2009

LiNk untuk isu terbaru tentang aktiviti sekolah

Salamun Alayk
bagi memudahkan ibu bapa serta orang ramai mendapat info terbaru tentang aktiviti yang dijalankan SIAS.
Kami telah membuat blog2 lain agar blog yang sedia ada tidak terlalu penuh.
ibu bapa juga boleh mengetahui lebih lanjut info tentang aktiviti dan program yang dijalankan berdasarkan link yang diberi.

antara aktiviti terbaru yang dijalankan ialah Sukan Tahunan SIAS 2009 dan juga Tamrin Amal Syabab pertama sesi 2009
Alhamdulillah aktiviti2 ini telah berjalan dengan lancar atas Redha dan Keberkatan Ilahi.

berikut ialah tautan link untuk sukan SIAS dan juga Tamrin Amal syabab.

sila layari sukan-sias.blogspot .com untuk maklumat sukan
dan
layari amalsyabab-sias. blogspot. com untuk maklumat Tamrin Amal Syabab

di sini, ibu bapa boleh menuat turun gambar-gambar aktiviti yang dijalankan

segala komen atau cadangan amat dihargai.
Barakallahu'alaikum

emel : sias2007@gmail.com