Rabu, Julai 23, 2008

LATIHAN KEBAKARAN





Warga as-syakirin telah mengadakan Latihan Kebakaran/"fire drill" di bawah pengawasan pegawai Unit Latihan Jabatan Bomba Seksyen 15 Shah Alam iaitu PB III Alias Aziz b. Satar dan PB Ahmad Roszairil b. Abd Razak.


Latihan bermula pada jam 9.30 pagi, ditandai dengan bunyi loceng panjang. Pelajar menggunakan dua tangga kecemasan di belakang sekolah dan berkumpul di padang dalam masa 3 minit 25 saat.


Di padang, pegawai Bomba menunjukkan cara-cara memadam api menggunakan Alat Pemadam Api oleh PB Ahmad Roszairil dan pelajar serta guru berkesempatan untuk mencuba alat tersebut.


Seterusnya Ceramah Keselamatan dengan tajuk "Pengungsian Bangunan" oleh PB III Alias Aziz sehingga pukul 11.15 pagi.