Isnin, Mei 14, 2007

MESYUARAT AGUNG PIBG 2007


Mesyuarat Agung PIBG keenam telah diadakan di Dewan As-Syakirin pada hari Sabtu, 12 Mei 2007 dirasmikan oleh Pemangku YDP PIBG 06/07, En Mohd Nasir Khan bin Akbar Khan. Seramai 53 ibubapa dan guru hadir pada mesyuarat tersebut.
Ajk PIBG sesi 2007/2008 telah dipilih pada mesyuarat tersebut ;
Yang Dipertua PIBG : En. Mohd Nasir Khan bin AKbar Khan
Timbalan YDP : En Mazlan bin Mohd Som
Setiausaha : Usth Rosnita bt Mohd Nor Hizam
Naib Setiausaha : Pn Azizah bt Mohd
Bendahari : Usth Harlyana bt Zakaria
Jawatankuasa
: Usth Rozana Yahya
: Usth Harnani Hashim
: Usth Sunita Shemi
: Usth Yuhaniz Yusuf
: En Suhaimi
: Datin Zaleha Sarbani
: Pn Ruziah Shamsudin
: Dr. Rohisham
: En Yusuf Ismail
: Pn Siti

untuk lebih banyak gambar, sila lawat www.picasaweb.google.com/sias2007

Tahniah. Selamat Maju Jaya.

Jumaat, Mei 11, 2007

MINGGU BAHASA MELAYU & KEMANUSIAAN ( Sekolah Rendah )


Panitia Bahasa Melayu dan Kemanusiaan menganjurkan Minggu Bahasa & Kemanusiaan peringkat Sekolah Rendah pada 9-13 April 2007. Pertandingan ini diadakan mengikut subjek bahasa dan kemanusiaan seperti ;

- Bahasa Melayu
- ICT
- Kemahiran Hidup
- Kajian Tempatan
- Pendidikan Seni
- Pendidikan Sivik

Seramai 49 orang pelajar telah memenangi 32 acara Minggu Bahasa & Kemanusiaan ( Sekolah Rendah )

Pemenang lima terbanyak (dari kiri ke kanan ) ialah :
- Maryam Jamilah bt Khairuddin : Tahun 4
--- Tempat Pertama Pertandingan MEMBUAT KAD KREATIF (SIVIK)
--- Tempat Ketiga Pertandingan MEMBACA BUKU CERITA TERBANYAK (BM)
--- Tempat Pertama Pertandingan INILAH BAKATKU ( BM)
--- Tempat Pertama Pertandingan MEREKA CIPTA BERKUMPULAN ( KH )
--- Tempat Pertama Pertandingan KALIGRAFI UCAPAN SALAM (ICT)
--- Tempat Ketiga Pertandingan MEMBUAT BUKU SKRAP (KT)
- Nur Nashreen bt Nasir Khan : Tahun 4
--- Tempat Kedua Pertandingan MEMBACA BUKU CERITA TERBANYAK (BM)
--- Tempat Ketiga Pertandingan INILAH BAKATKU ( BM)
--- Tempat Pertama Pertandingan MEREKA CIPTA BERKUMPULAN ( KH )
--- Tempat Ketiga Pertandingan KALIGRAFI UCAPAN SALAM (ICT)
- Sarah Aliya bt Sa'aid Hazley : Tahun 3
--- Tempat Pertama Pertandingan PEPOHON KATA (BM)
--- Tempat Kedua Pertandingan MELUKIS DAN MEWARNA (PS)
--- Tempat Pertama Pertandingan KUIZ SIMPULAN BAHASA BERKUMPULAN (BM)
- Muhammad Khairul Iman b Mohd Kifly : Tahun 2
--- Tempat Pertama Pertandingan MENCARI PERKATAAN (BM)
--- Tempat Ketiga Pertandingan TEKA SILANG KATA (BM)
--- Tempat Pertama Pertandingan MY SHAPE (ICT)
- Muhamamd Aidil b Mohd Zaidei : Tahun 2
--- Tempat Ketiga Pertandingan MEWARNA (PS)
--- Tempat Kedua Pertandingan MENCARI PERKATAAN (BM)
--- Tempat Pertama Pertandingan TEKA SILANG KATA (BM)
Minggu Bahasa ini turut dimeriahkan dengan acara senam robik sewaktu Pendidikan Jasmani.
Senarai nama guru yang terlibat menjayakan Minggu Bahasa Melayu dan Kemanusiaan ialah ;
1. Ustazah Nor Shafiza binti Sabudin
2. Ustazah Norshahidah binti mohd Saad
3. Ustazah Rusmah binti Harun
4. Ustazah Norazaai binti Hj Tahir
5. Ustazah Ruslia binti Mohamed Sharif
6. Ustazah Harnani binti Hashim
7. Ustazah Norhana binti Ahmad
8. Ustazah Sunita binti Shemi
9. Ustazah Norliza binti Hj Ahmad
10. Ustazah Sabariah binti Sulaiman
11. Ustazah N. Noor Azlida binti Nik Husain
12. Ustaz Zulkifly b Ayub

Selasa, Mei 08, 2007

TAMRIN AMAL SYABAB KEDUA







Satu-satunya Badan Beruniform di As-Syakirin, Pergerakan Amal Syabab As-Syakirin, telah mengadakan Tamrin Amal Syabab kedua sesi 2007 pada 4-5 Mei 2007 di Sekolah As-Syakirin.



Program ini dimulakan dengan Solat Asar berjamaah pada hari Jumaat dan diakhiri dengan Solat Dhuha hari Sabtu keesokannya.



TAKE CHARGE! UNTUK PELAJAR; Cemerlang Itu Pilihanku !


Program Motivasi "Cemerlang Itu Pilihanku" untuk pelajar Tingkatan 3,4 dan 5 telah diadakan di Seksyen 7, Shah Alam pada hari Khamis, 3 Mei 2007. Program ini semoga akan menjadi peng"charge" yang terbaik dalam menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang. Pelajar merasa seronok sepanjang program walaupun hingga petang, ini kerana kepakaran fasilitator mengendalikan program.

Terima kasih kepada En. Mohd Rizal b Hassan, mrizalh@gmail.com 012-2881444. Berpegalaman kerja dengan The Renong Assessment Training dan Gamuda Learning Center seterusnya membuat program sendiri Take Charge!

Terima kasih kepada En. Mohd Syukri b Omar, yang telah memberi kebenaran menggunakan dewan berhawa-dingin di seksyen 7, Shah Alam. Bagi sesiapa yang ingin menyewa kemudahan di atas, sila hubungi En. Mazlan di talian 019-6176806, 03-55190366.
Untuk Pelajar : JANGAN MEMBANGAU LAGI! TAKE CHARGE!

Khamis, Mei 03, 2007

PROGRAM MOTIVASI TAKE CHARGE UNTUK GURU



Program Motivasi untuk guru dan kakitangan SIAS telah diadakan pada hari Jumaat, 27 April 2007. Dikendalikan oleh En Mohd Rizal Hassan (berdiri depan, dua dari kanan ) untuk maklumat lanjut tentang profilnya sila lawati http://www.take-charge.com.my/
Objektif program ini :
- Mengenal dan menjayakan Matlamat Diri
- Menilai Etika Diri dalam menjaga Imej dan Nama Baik Organisasi
- Membentuk sikap amanah, berdisiplin dan bertanggungjawab
- Membentuk kemahiran berinteraksi dengan rakan sekerja
- Memahami bahawa motivasi dan Kecemerlangan Diri bermula dengan mengubah Sikap Diri Sendiri
Jangan Membangau Lagi !!!

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN (BTMS) Bahasa Melayu SPM



BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM (BAHASA MELAYU) dikendalikan oleh Dr. Supian bin Mohammad Noor, Jabatan Bahasa, Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.