Jumaat, Februari 29, 2008

KONVENSYEN PENDIDIKAN SIAS



Konvensyen Pendidikan SIAS telah diadakan di Bilik Seminar Titanium SIRIM Berhad pada hari Sabtu, 19 Februari 2008 bersamaan 9 Safar 1429 H.


Lima kertas kerja telah dibentangkan oleh Pengerusi Pengelola SIAS (Pn Hjh Hakimah Hassan), GPK Kurikulum Sekolah Menengah (Pn Ramlah Basiran), GPK Kurikulum Sekolah Rendah (Pn Norazaai Hj Tahir), GPK HEP (Ust Basir Mohd Piah) dan GPK Ko-Ku ( Ust Arifin Aziz).


Resolusi setebal empat muka surat telah diluluskan. Insya Allah ajk IT akan membuat blog khas untuk "pelan strategik dan resolusi".