Isnin, Mac 19, 2007

LAWATAN KE MELAKA

Sekolah Integrasi As-Syakirin mengadakan lawatan ke Melaka pada hari Ahad, 18 Mac 2007. Lawatan ini melibatkan pelajar tahap dua dan sekolah menengah seramai 64 pelajar, diiringi 4 guru lelaki dan 5 guru perempuan.

Antara tempat yang dilawati ialah Taman Rama-2, Taman Buaya, Zoo Melaka dan A Famosa. Melaka adalah tempat bersejarah yang sering disebut di dalam pelajaran Sejarah serta sering dijadikan bahan Karangan Bahasa Melayu. Semoga dengan lawatan secara 'live' ini dapat dijadikan bahan pembelajaran yang berkesan.
Rombongan juga singgah ke Rumah Pengantin (Pn Ramlah) bekas kerani sekolah tahun 2006. Selamat Pengantin Baru, semoga berkekalan sehingga ke anak cucu.

Rombongan juga sempat menunaikan Solat Jama Qasar Zuhur Asar di Masjid Al Azim Melaka. Untuk menatap lebih banyak gambar sila lawat www.dropshots.com/sias2007.
Jumpa lagi di lawatan ke negeri yang seterusnya.