Khamis, September 27, 2007

PROGRAM BERBUKA PUASA


Program berbuka puasa diadakan pada hari Khamis, 15 Ramadhan 1428 bersamaan 27 September 2007. Program bermula seawal pukul 7.00 petang, seramai 250 orang berbuka bersama.
Selepas solat maghrib, diadakan bacaan Yasin, khasnya untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR (minggu depan), SMA dan SPM. Progam dilanjutkan dengan solat Isya' dan Solat Taraweh.

Isnin, September 24, 2007

DIALOG PMR & SPM kedua sesi 2007








Dialog PMR & SPM diadakan pada hari Sabtu, 22 September 2007. Dialog ini bertujuan memberi penerangan tentang penginapan PMR, memberi semangat dan sokongan kepada pelajar, dan mengurangkan tekanan yang dihadapai pelajar.


Dialog PMR ( jam 8.30 - 11.00 pagi )


Dialog SPM ( jam 11.30 - 1.30 petang )

SURAT KHABAR LAMA

K
etua Bidang Matematik dan Ketua Bidang Bahasa Sekolah Rendah mengadakan Program Pengumpulan Surat Khabar Lama dan Majalah Lama untuk dijual. Dan hasil jualan itu akan dimasukkan dalam Tabung Aktivi Bahasa dan Matematik. Selain itu, mereka juga mengadakan Program Satu Sen, iaitu mengumpulkan duit syiling 1 sen dan 5 sen. Ibubapa yang ingin menyokong dan membantu program ini adalah amat dialu-alukan. Thanks.

PROGRAM TADARUS AL-QUR'AN




PROGRAM TADARUS diadakan di dewan sekolah pada jam 8.30 pagi untuk peringkat Sekolah Rendah dan pukul 9.00 - 9.30 pagi dan 2.00- 2.30 petang untuk pelajar sekolah menengah. Program ini diadakan sempena memperbanyakkan ibadah di blan Ramadhan.
allahumma taqabbal minna shiyamana wa solatana wa qira'atana wa a'malana
wa barik lana fi ramadhan.

Selasa, September 11, 2007

Isnin, September 10, 2007

MARI TENGOK ANAK BULAN

Ingin tengok anak bulan melalui internet, sila layari ;

http://www.calculatorcat.com/moon_phases/phasenow.php

http://moonsighting.com/1428rmd.html


Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa dikeluarkan oleh Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor. 03-55143717

http://www.muftiselangor.gov.my/KoleksiDownload/download30082007/Jadual_Buka_Imsak_2007.pdf

Jumaat, September 07, 2007

JUALAN AMAL KURMA SIAS











Kurma Rutab dan Mariami untuk dijual pada harga RM 10.00 sekotak. Keuntungan jualan kurma akan dimasukkan ke dalam Tabung KISMA (Kolej Integrasi As-Syakirin Malaysia).

Tempahan dibuka sekarang, sila hubungi Ustaz Basir 03-55115393 atau 016-2657828 samada untuk makan sendiri atau tolong jualkan/ jadi pengedar.

PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN IMUNISASI





Pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Tiga, seramai 58 orang, telah mendapat rawatan kesihatan dan suntikan imunisasi di Poliklinik Komuniti Seksyen 7, Shah Alam pada hari Jumaat, 7 September 2007.

HARI KANTIN.COM

Hari Kantin As-Syakirin (harikantin.com) diadakan pada hari Sabtu, 14 Julai 2007 di padang sekolah. Dirasmikan oleh Tn Mazalan Md Nor, Datuk Bandar Shah Alam.
Harikantin.com diserikan dengan pelbagai jualan dan pameran. Pertandingan dan cabutan bertuahpun diadakan bagi memeriahkan program.
Dengan kedatangan artis nasyid tanahair, harikantin.com bertambah meriah.

Untuk lebih lanjut berita mengenai harikantin.com layari ;

http://www.nasyeed.com/berita/index.pin?id=191
http://www.nasyeed.com/berita/index.pin?id=192

Khamis, September 06, 2007

PROGRAM KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH



Sambutan Kemerdekaan peringkat Sekolah Rendah di diadakan di dewan sekolah pada hari Isnin, 2/9/2007. Lagu-lagu patriotik bergema dikumandangkan dengan semangatnya oleh pelajar dan guru Sekolah Rendah sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Di dewan yang sama pada hari Selasa, 3/9/2007 pelajar Tingkatan 2 mempersembahkan lakonan yang mencuit hati. Drama bertajuk “Pahlawan Pasir Salak” dibawah bimbingan Ustazah Rozana dan Sdr Adzril (alumni 05) mengisahkan semangat patriotik penduduk Pasir Salak, Perak dalam menentang penguatkuasaan cukai oleh Residen Birch selepas Perjanjian Pangkor.

Satu lagi drama yang mengisahkan kepulangan seorang anak bangsa dari Luar Negara yang membawa budaya luar dan akhirnya insaf dibawakan oleh pelajar Tingkatan 3,4 dan 5. Drama bertajuk “Asal-usul Jangan Dilupa” itu dibawah bimbingan Sdr Ahmad Amin dan Ustazah Hasnita.

Sementara itu, Tingkatan Satu mempersembahkan lagu kemerdekaan. Di bawah bimbingan Ustaz Rozana.

Program-progam tersebut adalah aktiviti Persatuan Sejarah dan Geografi di bawah seliaan Ketua Bidang Kemanusiaan. Semoga dengan program seumpama ini dapat menghidupkan semangat cintakan Negara.

Merdeka !!! Merdeka !!! Merdeka !!!

BULLETIN AS-SYAKIRIN


Bulletin As-Syakirin, setelah menyepi selama hampir tiga tahun, akan menemui pembaca minggu ini sempena bulan Ramadhan.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.


Ibubapa dijemput menyumbang artikel, rencana dan makalah ataupun gambar bagi menyambung hidup dan menghidupkan Bulletin As-Syakirin.
Untuk edaran kali ini, bulletin mengandungi 4 mukasurat, jika ibubapa terus menyokong, insya Allah akan ada penambahan mukasurat dan menambah kekerapan edaran.
Bersama-sama mendokong pengedaran ilmu.