Isnin, Mei 04, 2009

TAMRIN AMAL SYABAB KE-2 2009

Syabas dan Tahniah!!!
Tamrin Amal Syabab siri kedua sesi 2009 telah dengan jayanya diadakan pada hari Khamis-Jumaat, 30 April - 1 Mei 2009 dengan tema "Pra-Mukhayyam". Antara aktiviti yang dijalankan ialah latihan memasak, membina gajet, mendirikan khemah, pertolongan cemas, dan lain-lain.
Konsep mukhayyam pada tahun ini ialah "kegemilangan khulafa'ur rasyhidin menjana kecemerlanga generasi muda." bertepatan dengan konsep diatas, satu ceramah khas berkenaan khulafaur rashidin diadakan pada sebelah malam dengan pembentang ustaz jemputan.
Program amal syabab kali ini juga diadakan serentak dengan program qiamullail, justeru penekanan dalam aktiviti tazkiyatun nafsi sebelah satu pertiga malam yang akhir amat dititik-beratkan. Antara programnya ialah solat tahajjud, solat taubah, solat hajat, solat witir, zikir munajat, dan doa keinsafan.
Program sebegini adalah program dwi-bulanan yang Lembaga Pengarah amat mengambil berat, sebab inilah aplikasi ilmu yang syumul yang menggunakan keseluruhan potensi pelajar daripada segi Spiritual Physical Intelektual Emotional dan Social-nya. Dan apabila terhasil satu natijah nantinya adalah menuju ke arah insan kamil. Kami faham bahawa mendidik adalah satu usaha yang berterusan, justeru kami mohon kerjasama semua pihak dalam usaha kita membina sebuah generasi muda yang syumul sebagai pewaris kepimpinan masa hadapan.
Jumpa anda di Mukhayyam.
Nota : MUSIAS VIII [Mukhayyam Sekolah Integrasi As-Syakirin] ke-8 sesi 2009 akan diadakan di Tapak Perkhemahan Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 26-29 Mei 2009

emel : sias2007@gmail.com