Selasa, Jun 09, 2009

MUKHAYYAM SIAS 2009

[MUSIAS VIII]

PROGRAM PERKHEMAHAN

BADAN BERUNIFORM, PERSATUAN & KELAB

SEKOLAH INTEGRASI AS-SYAKIRIN [SIAS]

No. 14, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel : 03-55115393/4, Fax : 03-55115397, emel : sias2007@gmail.com http ://www.sekolahintegrasiassyakirin.blogspot.com

MUQQADDIMAH

Anak merupakan pewaris pemimpin masa hadapan. Bahkan tidak disangkal lagi bahawa golongan muda adalah cerminan masa depan suatu bangsa. Jika baik golongan ini, maka cerahlah masa depan bangsa. Dan jika rosak golongan ini, maka tidak diketahui masa depan bangsa tersebut.

Golongan muda perlu dicorakkan sejak di bangku sekolah lagi, bukan sahaja ilmu-ilmu dalam kelas tetapi perlu juga didedahkan kepada aktiviti di luar kelas bagi menghadapi cabaran dan dugaan yang sebenar yang semakin mencabar.

Ko-kurikulum memang sangat berkesan untuk membina sakhsiah dan mengasah jati-diri pelajar. Tidak hairanlah kerajaan sangat mengambil berat perkara di atas dengan mengambil-kira kecemerlangan ko-kurikulum sebelum masuk ke IPTA.

Justeru, Sekolah Integrasi As-Syakirin tidak ketinggalan dalam menggarap program yang holistic di luar bilik darjah bagi menghasilkan pelajar yang berjiwa besar.

MATLAMAT

“Membentuk pelajar yang mempunyai daya juang, daya saing, sahsiah yang cemerlang, akhlak terpuji dan berketrampilan yang terbilang serta sihat jasmani dan rohaninya.

OBJEKTIF

Program perkhemahan ini bertujuan untuk ;

1. Memperaktikkan ilmu-ilmu akademik dan diniyyah

2. Menggilap dan memperkembang potensi kepimpinan dalam diri pelajar

3. Melatih pelajar menangani konflik dan menyelasaikan masalah

4. Melatih pelajar berdisiplin, berdikari dan berkeyakinan diri

PELAKSANAAN

Program perkhemahan ini akan diadakan pada ;

Hari : Selasa – Jumaat

Tarikh : 26-29 Mei 2009

Tempat : Tapak Perkhemahan Hutan Ulu Bendul,

Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus.

PESERTA

Program perkhemahan ini adalah program wajib bagi pelajar Tahap Dua [ Tahun 4,5 dan 6 ] dan pelajar Sekolah Menengah dengan perincian seperti berikut ;

SEKOLAH RENDAH

Tahun 4 : 18 lelaki; 6 perempuan ; = 24 orang

Tahun 5 A : 11 lelaki; 8 perempuan ; = 19 orang

Tahun 5 B : 7 lelaki; 4 perempuan ; = 11 orang

Tahun 6 A : 7 lelaki; 7 perempuan ; = 14 orang

Tahun 6 B : 7 lelaki; 7 perempuan ; = 14 orang

SEKOLAH MENENGAH

Tingkatan 1 : 18 lelaki; 6 perempuan ; = 24 orang

Tingkatan 2 : 15 lelaki; 9 perempuan ; = 24 orang

Tingkatan 3 : 10 lelaki; 11 perempuan ; = 21 orang

Tingkatan 4 : 9 lelaki; 6 perempuan ; = 15 orang

Tingkatan 5 : 8 lelaki; 6 perempuan ; = 14 orang

---------------------------------------------------------------------------------

Jumlah : 110 lelaki; 70 perempuan ; = 180 orang

GURU

Diiringi oleh Guru Penasihat seramai =

8 lelaki;

12 perempuan

JUMLAH : 20 orang

JUMLAH KESELURUHAN 180 + 20 = 200 ORANG

Pelajar dan Guru dibahagikan kepada EMPAT Rumah Sukan ;

RUMAH BIRU = 45 orang pelajar dan 5 orang guru

RUMAH HIJAU = 45 orang pelajar dan 5 orang guru

RUMAH KUNING = 45 orang pelajar dan 5 orang guru

RUMAH MERAH = 45 orang pelajar dan 5 orang guru

LOKASI

Sejak tahun 2002, program perkhemahan ini pernah diadakan di ;

Mukhayyam 1 : di Hutan Lipur Lintang, Bentong, Pahang

Mukhayyam 2 : di Pantai Kuala Linggi, Melaka

Mukhayyam 3 : di Hutan Lipur Chamang, Bentong, Pahang

Mukhayyam 4 : di kaki Gunung Ledang, Tangkak, Johor

Mukhayyam 5 : di Sungai Bil, Perak

Mukhayyam 6 : di Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan

Mukhayyam 7 : di Hutan Lipur Chamang, Bentong, Pahang

Mukhayyam 8 : Pada tahun ini, 2009, Mukhayyam akan diadakan di ;

Tapak Perkhemahan Hutan Lipur Ulu Bendul,

Kuala Pilah Negeri Sembilan Darul Khususn

memandangkan kemudahan yang disediakan adalah lengkap dan harganya berpatutan. Tempat ini juga pernah menjadi tuan rumah Jambori Pengakap peringkat ASEAN.

PENUTUP

Semoga program ini dapatkan merapatkan ukhuwwah pelajar dan guru serta masyarakat. Serta dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang perlunya mereka bermasyarakat.

Disediakan oleh :

Arifin Aziz Nurwakhid, Guru Penolong Kanan [Ko-Kurikulum], Sekolah Integrasi As-Syakirin 2009
emel : sias2007@gmail.com

nota : untuk mengelakkan salahfaham pelawat, perkhidmatan shoutbox digantung buat sementara waktu. sila gunakan saluran rasmi untuk memberikan maklumbalas.