Khamis, November 27, 2008

KASEH


Sekolah Integrasi As-Syakirin (SIAS) buat julung-julung kalinya
mengadakan Kem Anak Soleh Permata Hatiku [KASEH]
pada 24 Nov-5Dis 2008.

Untuk maklumat lebih lanjut lawat http://kaseh-sias.blogspot.com

emel : sias2007@gmail.com
abdulhaez@gmail.com

Rabu, November 19, 2008

PROGRAM KASEH

PROGRAM KASEH
[ Kem Anak Soleh Permata Hatiku ]
akan diadakan di Sekolah Integrasi As-Syakirin pada
24 November - 5 Disember 2008, kecuali Sabtu Ahad,
jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
Objektif Program ini ialah meningkatkan daya tahan Fizikal,
Syakhsiah, peningkatan Akhlak Islamiyah
melalui pembangunan modal insan.
Antara program yang akan diadakan ialah
Al-Qur'an Quotient, Intelligent Quotient,
Emotional Quotient, Physical Quotient
dan Spiritual Quotient.
pertanyaan lanjut sila hubungi 03-55115393/4
atau melalui fax 03-55115397
014-3387838 ( ustaz basir ) 012-3907796 ( ustaz arifin )
017-9474384 ( ustaz subri ) 013-7263560 ( ustaz haez )
emel : sias2007@gmail.com

IHTIFAL SIAS 08











Majlis Ihtifal SIAS 08 telah diadakan pada hari




Khamis, di Muzium Negeri, Seksyen 14, Shah Alam, dengan jayanya.








TAHNIAH & SYABAS




















emel : sias2007@gmail.com

Selasa, November 11, 2008

LAWATAN KE KUALA GANDAH











Pelajar Tahun 6 Mujaddid dan Tingkatan Tiga
melawat perkampungan gajah di Kuala Gandah, Pahang
pada hari Isnin, 10 November 2008










emel : sias2007@gmail.com

Selasa, Oktober 28, 2008

KEKOSONGAN JAWATAN TENAGA PENGAJAR

Diperlukan tenaga pengajar dengan segera.

1. Guru Akademik Sekolah Rendah
2. Guru Dininyyah Sekolah Rendah
3. Guru Akademik Sekolah Menengah
4. Guru Diniyyah Sekolah Menengah

Sila hantar surat permohonan dan resume kepada ;

Pengetua
Sekolah Integrasi As-Syakirin,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

atau emel ke : sias2007@gmail.com

Diutamakan ;
1. Guru Lelaki
2. Komitmen kerja sekurang-2nya daripada Disember 08 - November 09
3. Memiliki kelayakan sebagai guru
4. Mempunyai pengalaman sebagai guru
5. Bersedia untuk menjayakan program-2 sekolah.

Temuduga akan dijalankan pada minggu pertama Disember 08
( tertakluk pada pindaan )

Tempat terhad.

PENDAFTARAN BARU

Pendaftaran pelajar baru sesi 2009 telah dibuka sekarang untuk ;

1. Sekolah Rendah ( Tahun 1 - 6 )
2. Sekolah Menengah ( Tingkatan 1 - 5 )

sila telefon 03-55115393/ 94
fax : 03-55115397
emel : sias2007@gmail.com

Selasa, Oktober 14, 2008

HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

Sekolah Integrasi AS-Syakirin (SIAS) akan mengadakan
Jamuan Hari Raya pada hari Jumaat, 17 Oktober 2008
di dewan sekolah jam 9.00 pagi - 3.30 petang.
Semua dijemput hadir.
Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Pengurusan,
Pengetua, Guru-guru Kanan,
Persatuan Guru As-Syakirin,
Persatuan Ibubapa dan Guru SIAS,
Kakitangan SIAS,
Bekas Guru & Alumni SIAS,
pelajar -2
mengucapkan
Selamat Hari Raya Mohon Maaf Zahir & Batin,
Minal 'Aidin Wal Faizi,
Kullu 'Am wa Antum Bi Khairin,
Taqabbalallah minna wa minkum.
emel : sias2007@gmail.com

PMR 2008

Pelajar Tingkatan Tiga seramai 30 orang sedang menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) di Sekolah Tinggi Klang, bermula Isnin, 13/10/08 - Jumaat, 17/10/08.

Mohon doa restu daripada semua ibubapa dan pembaca blog, semoga mereka dapat menjawab dengan sempurna dan membahawa kejayan bagi dirinya, keluarganya dan sekolah.


emel : sias2007@gmail.com

Jumaat, September 26, 2008

CUTI SEKOLAH SEMPENA HARI RAYA

Sekolah akan mula bercuti sempena Hari Raya Ied al-Fitri pada
hari Sabtu, 27 September 2008 hingga Ahad, 5 Oktober 2008,
sekolah akan dibuka semula pada hari Isnin, 6 Oktober 2008.

Puasa Sunat Enam ( Syawal ) akan dikuatkuasakan
untuk pelajar Tahap Dua dan Menengah pada
Selasa-Khamis ( 7-9 Okt 08 ) dan Selasa - Khamis ( 14-16 Okt 08 ).
Kerjasama dan sokongan Tuan/Puan amat diharapkan.

Warga As-Syakirin merakamkan ucapan
"Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Maaf Zahir Batin, Minal Aidin Wal Faizin,
Taqabbalallah minna wa minkum."

Berhati-hati di jalan raya.

emel : sias2007@gmail.com
Person dan S
Right click for SmartMenu shortcuts

MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN

Majlis Khatam Al-Qur'an peringkat sekolah telah diadakan
pada hari JUMAAT, 26 September 2008 di dewan As-Syakirin.
Sebelum majlis tersebut, semua warga as-syakirin
menunaikan Solat Dhuha di tempat yang sama.

Majlis diteruskan dengan ceramah Nuzul Al-Qur'an oleh penceramah jemputan.

emel ; sias2007@gmail.com

Selasa, September 16, 2008

PROGRAM BUKA PUASA DI SEKOLAH

Meneruskan tradisi sekolah,
semua dijemput ke PROGRAM BUKA PUASA peringkat sekolah
pada hari Jumaat, 19 September 2008.
Program dimulakan seawal pukul 6.00 ptg dengan bacaan tahlil arwah.
Seterusnya buka puasa dan solat fardhu dan solat taraweh (8+3).
Selepas solat taraweh, Ibubapa dan pelajar tingkatan 3 dijemput ke
Majlis Dialog PMR menjelang persiapan akhir PMR.


emel : sias2007@gmail.com

Isnin, September 15, 2008

IFTAR JAMA'IE SIAS 08 @ INTEKMA







5.30 pm : Pengerusi Majlis En Mahadi ( Pengerusi Industri Nasyid - PIN ) yang juga Timbalan YDP PIBG SIAS 08 memulakan bicara.

5.40 pm : Ucapan YB Dato' Dr Haji Hasan Mohd Ali, pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor.

6.40 pm : Ucapan Haji Mohd Nasir Khan b Akhbar Khan, Yang Dipertua PIBG SIAS

7.00 pm : Ucapan Haji Ir. Izham Hashim, Pengerusi Lembaga Pengarah SIAS

7.10 pm : Ucapan YB Khalid Abd Samad, Ahli Parlimen Shah Alam

7.20 pm : Doa Selamat dan Buka Puasa oleh Ustaz Mohd Subri Abdullah ( bekas penasyid Shoutul Amal ) yang juga tenaga pengajar SIAS

Azan dan buka puasa

emel : sias2007@gmail.com

Khamis, September 11, 2008

IFTAR JAMA'IE SIAS DI INTEKMA

Persatuan Ibubapa & Guru ( PIBG ) SIAS menganjurkan Majlis Berbuka Puasa atau Iftar Jama'ie bersama Y.B Dato' Dr. Hasan b Mohd Ali ( Exco Kerajaan Negeri Selangor ) pada ;

Hari : Sabtu
Tarikh : 13 September 2008 / 13 Ramadhan 1429 H
Masa : 5.30 petang - 7.45 malam
Tempat : Dewan Utama, Intekma Resort UiTM,
Seksyen 7, Shah Alam

Objektif majlis ini untuk mengeratkan lagi hubungan antara Ibubapa dan Guru.
Antara program yang dirancang ialah sesi penerangan daripada Ajk PIBG, Motivasi daripada Y.B Dato', hiburan daripada Bintang Akademi Nasyid TV9 dan banyak lagi.

Ibubapa yang berminat, sila telefon pejabat 03-55115393 fax 03-55115397
Bayaran meja ( 10 orang ) ialah RM 500.00
Bayaran kerusi RM 40.00 ( dewasa ) dan RM 30.00 ( kanak-2 bawah 12 thn )

Untuk maklumat lanjut hubungi en Mahadi 019-3155303 atau mahadiee@yahoo.com


emel : sias2007@gmail.com

Rabu, September 10, 2008

UPSR 2008

Warga As-Syakirin mendo'akan kejayaan
pelajar Tahun 6 Mujaddid yang sedang menduduki
peperiksaan UPSR sekarang ini. ( 9-11 September 2008 ).

Semoga mereka membawa kejayaan untuk
dirinya, keluarga dan sekolah.

emel : sias2007@gmail.com

Selasa, September 09, 2008

TAKZIAH





assalamu alaikum

Inna lillah wa inna ilaihi raji'un.

Telah pulang ke rahmatullah Siti Hajar bt Izham Hashim,
puteri pengerusi Lembaga Pengarah As-Syakirin,
malam tadi ( 8 Ramadhan 1429 H )
Rumah arwah No. 1 jalan SS5D/11B, Kelana Jaya.
Berdekatan Tabung Haji.

Dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam,
Seksyen 21, Shah Alam.

Semoga rohnya diterima-Nya dan ditempatkannya
dalam golongan orang yang solehah.
Semoga ahli keluarganya bersabar atas dugaan ini.

Wassalam

emel : sias2007@gmail.com

Jumaat, September 05, 2008

PROGRAM USRAH SEKOLAH MENENGAH







Badan Amar Makruf (BADAR) Sekolah Menengah mengadakan Program Usrah dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh Naqib dan Naqibah.
Pelaksanaan Usrah diadakan pada jam 2.00 - 2.30 petang, selepas solat zuhur dibawah bimbingan guru mursyid. Bahan usrah mengikut kurikulum usrah Kementerian Pendidikan.

emel : sias2007@gmail.com

Khamis, September 04, 2008

PROGRAM TADARUS RAMADHAN






Sepanjang bulan Ramadhan, Program Tadarus untuk pelajat tahap Dua dan Menengah, diadakan di surau. Pelajar dibahagikan kepada 30 puluh kumpulan, satu kumpulan diberi tanggungjawab membaca satu juzuk secara selang-seli setiap hari. Dalam satu hari kita dapat khatamkan Al-Qur'an, insya allah, setiap hari sepanjang Ramadhan.

Amalan tadarus ini meniru cara Rasulullah bertadarus dengan malaikat Jibril dalam bulan Ramadhan, selain dapat pahala membaca, pahala mengikut sunahpun dapat juga. Berlipat ganda lagi.


emel : sias2007@gmail.com

Selasa, September 02, 2008

HARI KANTIN 2008







Hari Kantin As-Syakirin telah diadakan pada hari Jumaat, 29 Ogos 2008 dengan jayanya.
Pelbagai aktiviti, jualan, pameran dan pertandingan serta pertunjukkan diadakan sempena hari kantin tersebut. Keuntungan hari kantin ini akan disalurkan ke Tabung Pembelian Alat Muzik Islami.

Semua pelajar daripada Tahun Satu hingga Tingkatan Lima dan guru serta ibubapa bertungkus-lumus memeriahkan Hari Kantin, ada juga sekolah-sekolah jemputan menyertainya.

Gerai Terbersih ialah Tahun 2 Najwan ( guru kelas Ustazah Syafila )
Gerai Terceria ialah Tahun 5 Mujtahid ( guru kelas Ustazah Yusrina )
Gerai Pemenang Gotong Royong ialah Tahun 1 Mumtaz ( guru kelas Ustazah Roslia )

Pemenang Busana Muslimah ( menengah / dewasa )
tempat 1 : Nur Emyra ( tingkatan 3 Imam Muslim )
tempat 2 : Humairah ( pembantu tadbir )
tempat 3 : Risti Prasetia ( tingkatan 3 Imam Tarmizi )

Untuk lihat gambar lain sila klik album sebelah


emel : sias2007@gmail.com

Rabu, Ogos 27, 2008

NAK TENGOK ANAK BULAN ?

jom, tengok anak bulan.
nanti 30 ogos 2008 tengok balik.

http://www.calculatorcat.com/moon_phases/phasenow.php

dan

http://moonsighting.com/1429rmd.html



emel : sias2007@gmail.com

PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK




Bidang Kemanusiaan Sekolah Rendah mengadakan Bulan Kemerdekaan sempena kemerdekaan Malaysia ke-51.
Pertandingan Lagu Patriotik diadakan pada hari Rabu, 27 Ogos 2008 di Dewan. Setiap kelas ( kecuali Tahun 6 ) mempersembahkan Lagu Patriotik dibawah bimbingan Guru Kelas masing-masing.
Penilaian berdasarkan Cara Penyampaian, Kreativiti, Kerjasama dan Ketertiban. Pemenang akan mendapat hadiah wang tunai dan dibahagikan mengikut tahap.
Tahap Satu ( Tahun 1-3 ) : tempat pertama - ketiga
Tahap Dua ( Tahun 4-5 ) : tempat pertama - ketiga

MERDEKA !!!!! MERDEKA !!!!! MERDEKA !!!!!


EMEL : sias2007@gmail.com

Isnin, Ogos 25, 2008

KAWASAN MENURUNKAN PELAJAR



Merujuk kepada Minit Mesyuarat Syura dan cadangan ibubapa dalam forum as-syakirin ( yahoo ) maka, SATU KAWASAN MENURUNKAN PELAJAR SAHAJA telah dikenalpasti.


Bermula hari Isnin, 25 Ogos 2008 pengawas sekolah akan menjaga kawasan tersebut bagi mengingatkan Ibubapa dan penjaga bahawa dalam "Kawasan Menurunkan Pelajar Sahaja" ibubapa dilarang menunggu atau meletak kereta

pada masa kemuncak menghantar pelajar iaitu jam 7.30 - 7.50 pagi.

Untuk masa mengambil ( jam 3.30 - 4.30 petang ) masih

dalam perbincangan dan cadangan.

Kerjasama semua ibubapa dalam perkara di atas amat diharapkan

bagi kemudahan dan keselesaan semua pihak.



sebarang cadangan sila hantar ke sias2007@gmail.com

Jumaat, Ogos 22, 2008

JUALAN SEMPENA RAMADHAN




Marhaban Ya Ramadhan.

As-syakirin sekali lagi akan membuat jualan KURMA MARIYAMI DAN RUTOB, ZABIB/KISMIS, BUAH TIN BASAH DAN KERING,DAN KACANG CERDIK.

Semua hasil jualan akan dimasukkan dalam Tabung Sekolah.
Ibubapa yang ingin membeli atau tolong menjual/ beramal, di pejabat atau surau,
sila hubungi pejabat 03-55115393 atau HP 014-3387838/ 016-2657828 ( ustaz basir )


emel : sias2007@gmail.com

Khamis, Ogos 21, 2008

PAGAR DI SEPANJANG KORIDOR SEKOLAH

Sekolah telah mendapat kebenaran terhad daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi memasang pagar di sepanjang koridor sekolah.
Fungsi pagar ini adalah untuk menjaga keselamatan pelajar pada sebelah petang, bila dikuatkakan nanti, diluar koridor akan menjadi kawasan larangan bagi pelajar dan selepas ini pelajar dilarang dilarang berkeliaran atau merayau-rayau lagi.
Ibubapa boleh melihat anak tuan melalui kamera web.

emel : sias2007@gmail.com

KELAS TAMBAHAN SEPANJANG CUTI

Bagi pelajar Tahun 6, Tingkatan 3 dan 5, mereka diwajikan menghadiri KELAS TAMBAHAN sepanjang cuti ini, ini bagi persediaan menghadapi peperiksaan yang akan menjelang.



emel : sias2007@gmail.com

Khamis, Ogos 14, 2008

Takziah

Telah pulang ke rahmatullah pada hari ini, Dato' Mohd Piah, bapa kepada Ustaz Basir Mohd Piah, Pemangku Pengetua Sekolah Integrasi As-syakirin.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.
allahummaghfir lahu warhamhu wa 'afihi wa'fu anhu.

semoga arwah di tempatkan di sisi golongan orang yang soleh.
Amin.


hari ini khamis, 14 ogos 2008, semua warga sekolah mendirikan solat ghaib, bacaan yasin dan tahlil.

sias2007@gmail.com

Rabu, Ogos 13, 2008

IMUNISASI PELAJAR TAHUN 1, 6 DAN TINGKATAN 3





Pelajar Tahun Satu, Tahun Enam dan Tingkatan Tiga telah mendapat suntikan imunisasi di Poliklinik Komuniti Seksyen 7, Shah Alam.


sias2007@gmail.com

SEMPENA HARI KANTIN 2008

Sekolah Integrasi akan mengadakan HARI KANTIN SEKOLAH 2008 pada hari Jumaat, 29 ogos 2008.

Ahlan Wa Sahlan Wa Marbahan Ya RAMADHAN

"semua dijemput hadir"


sias2007@gmail.com

SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ

Sambutan Isra' Mikraj Peringkat sekolah diadakan pada hari Jumaat, 8 Ogos 2008 di dewan sekolah pada pukul 8.00 - 10.30 pagi.

Selepas Lagu Negaraku dan Asmaul Husna, pelajar menunaikan Solat Dhuha berjemaah.
Majlis ini dipengerusikan oleh Ustaz Haez Abd Rahim.

Ustaz Mohd Sobri Abdullah tenaga pengajar SIAS ( bekas vokalis Shoutul Amal ) membacakan Al-Qur'an berlagu, bagi menambah keberkatan Majlis.

Majlis diteruskan dengan Ceramah Isra' Mikraj oleh Ustaz Mohd Miftah Anuar, Imam Masjid Desa Petaling, Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Antara isi ceramahnya ;

- Solat lima waktu adalah kunci kejayaan seorang mukmin.
- Tips menjadi Insan Kamil
- bersihkan hati
- Bersahabat dengan sahabat yang baik
- hormati guru
- kehidupan yang bagus
- qiyamul lail
- solat lima waktu

sias2007@gmail.com

Rabu, Ogos 06, 2008

JEMPUTAN KE MAJLIS SOLAT HAJAT

Semua pelawat di jemput ke Majlis Solat Hajat Perdana Sekolah Integrasi As-Syakirin (SIAS) pada hari Khamis, 7 Ogos 2008 di Dewan As-Syakirin.

Tentatif :
hari khamis = semua guru dan pelajar ( Tahap Dua dan Menengah ) puasa sunat
6.30 ptg = Ucapan Aluan
6.40 ptg = Bacaan Yasin dan Tahlil
7.29 mlm = Doa Berbuka Puasa, Azan, Solat Maghrib
7.40 mlm = Makan Malam
8.15 mlm = Ceramah Motivasi oleh Ustaz Azmi ( Saufee Production & Training )
9.30 mlm = Solat Isya & Solat Hajat
10.00 mlm = bersurai

"Semua Dijemput Hadir"





sias2007@gmail.com

Rabu, Julai 23, 2008

LATIHAN KEBAKARAN





Warga as-syakirin telah mengadakan Latihan Kebakaran/"fire drill" di bawah pengawasan pegawai Unit Latihan Jabatan Bomba Seksyen 15 Shah Alam iaitu PB III Alias Aziz b. Satar dan PB Ahmad Roszairil b. Abd Razak.


Latihan bermula pada jam 9.30 pagi, ditandai dengan bunyi loceng panjang. Pelajar menggunakan dua tangga kecemasan di belakang sekolah dan berkumpul di padang dalam masa 3 minit 25 saat.


Di padang, pegawai Bomba menunjukkan cara-cara memadam api menggunakan Alat Pemadam Api oleh PB Ahmad Roszairil dan pelajar serta guru berkesempatan untuk mencuba alat tersebut.


Seterusnya Ceramah Keselamatan dengan tajuk "Pengungsian Bangunan" oleh PB III Alias Aziz sehingga pukul 11.15 pagi.

Selasa, Julai 15, 2008

JOHAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR


Pelajar As-Syakirin, Abdul Hanan bin Ahmad Zubir, Tahun 6 Mujaddid, telah dianugerahkan JOHAN SYARAHAN BAHASA ARAB (LELAKI) PERTANDINGAN AMAL ISLAMI PERINGKAT NEGERI SELANGOR yang diadakan pada hari Sabtu, 28 Jun 2008 di Sekolah Rendah Agama Kampung Jawa, Klang.

TAHNIAH.

Jumaat, Jun 20, 2008

PENERANGAN PEGAWAI PERHUBUNGAN POLIS




Program polis mendekati masyarakat akhir-akhir ini sering dibincangkan di media massa, justeru Pegawai Perhubungan Polis Balai Polis Shah Alam telah datang ke As-Syakirin untuk memberi pendedahan tugas-tugas polis dan menjadikan polis sebagai rakan masyarakat.

Selasa, Jun 17, 2008

MUKHAYYAM SIAS 2008






MUSIAS menjelma lagi !!!


MUSIAS ( Mukhayyam Sekolah Integrasi As-Syakirin ) telah diadakan dengan jayanya pada 21-24 Mei 2008 ( Rabu-Sabtu ) di Tapak Perkhemahan Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang.




Pelbagai aktiviti disertai 168 pelajar tahap dua (Thn 4-6) dan sekolah menengah ( Tingkatan 1-5 ), antaranya ;


Rabu, 21 Mei 2008


8.00 pg : Kehadiran pelajar
8.30 : Solat Dhuha & Solat Hajat dan Sarapan
9.00 : bertolak ke Chamang, Pahang
11.00 : Dijangka tiba di Chamang
11.15 : Taklimat
11.30 : Aktiviti 1 : “Membina Kota”
12.30 tgh : Makan Tengahari
1.00 ptg : Tugasan Pertama
4.00 : Solat Jamak Qasar ( Zuhur & Asar )
4.30 : Aktiviti 2 : “Sukaneka Belantara”
6.00 : Persiapan diri & Makan Malam
7.30 mlm : Solat Jamak Qasar ( Maghrib & Isya’ )
8.30 : Aktiviti 3 : “Memecah Kesunyian Malam”
11.00 : Mengawal Kota

Khamis, 22 Mei 2008
4.30 pg : Qiyamul Lail
6.00 : Solat Subuh, Ma’thurat & Tazkirah
7.00 : Senaman Lintang Chamang
8.00 : Sarapan
9.00 : Aktiviti 4 : “Membujur Lalu Melintang Patah”
12.00 tgh : Makan Tenghari
2.00 ptg : Solat Jamak Qasar ( Zuhur & Asar )
3.00 : Aktiviti 5 : “Jejak Wira 1”
6.00 : Persiapan diri & Makan Malam
7.30 mlm : Solat Jamak Qasar ( Maghrib & Isyak )
9.00 : Aktiviti 6 : “Jejak Wira 2”

Jumaat, 23 Mei 2008
5.00 pg : Qiyamul Lail
6.00 : Solat Subuh, Ma’thurat & Tazkirah
7.00 : Senaman Lintang Chamang
8.00 : Sarapan
9.00 : Aktiviti 7 : “Kembara Duga”
12.00 tgh : Makan Tenghari
4.00 : Solat Jamak Qasar ( Zuhur & Asar )
6.00 ptg : Persiapan diri & Makan Malam
7.30 mlm : Solat Jamak Qasar ( Maghrib & Isyak )
9.00 : Aktiviti 8 : “Gegak Gempita”
11.00 : Mengawal Kota

Sabtu, 24 Mei 2008
5.00 pg : Qiyamul Lail
6.00 : Solat Subuh, Ma’thurat & Tazkirah
7.00 : Senaman Lintang Chamang
8.00 : Sarapan
9.00 : Aktiviti 9 : “Hentak Kaki”
12.00 tgh : Makan Tenghari
2.30 ptg : Bertolak ke As-Syakirin
3.30 : Solat Jamak Qasar ( Zuhur & Asar ) di Hentian Genting Sempah


5.00 : Dijangka tiba di As-Syakiri




SUMBANGKAN ARTIKEL DAN BERITA KE sias2007@gmail.com

PERTANDINGAN AMAL ISLAMI PERINGKAT DAERAH






Abdul Hannan b Ahmad Zubir (Tahun 6) telah menjadi JOHAN Pertandingan Syarahan Bahasa Arab Tahap 2 ( Lelaki ) Peringkat Daerah Petaling dan Nur Khairunnisa bt Abdul Aziz ( Tahun 5 ) telah mendapat TEMPAT KE-3 Pertandingan Syarahan Bahasa Arab Tahap 2 ( Perempuan ) Peringkat Daerah Petaling.


Program Ujian Kemahiran Amal Islami Daerah Petaling 2008 tersebut diadakan di Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19, Shah Alam pada 14 Jun 2008.


SUMBANGKAN ARTIKEL DAN BERITA KE sias2007@gmail.com