Isnin, Mac 26, 2007

DIALOG PMR 2007



Dialog PMR -ibubapa dan guru- sesi 2007 kali yang pertama diadakan pada hari Sabtu, 24 Mac 2007 di Dewan Sekolah Integrasi As-Syakirin.

Banyak perkara yang dibincangkan dan diperdebatkan pada majlis tersebut, semuanya demi memastikan kecemerlangan PMR.

Majlis dimulakan dengan pembentangan oleh Penyelaras PMR 07 iaitu Usth Nor Haslinda diselang-seli dengan dialog. Pembaharuan dalam dialog kali ini ialah IKRAR pelajar PMR, tahun lalu tak ada, satu kezzutan untuk pelajar.

Semoga pelajar kali ini memecahkan rekod 2 orang 9A.

KELAB BOLA AS-SYAKIRIN BAWAH 12 TAHUN



Kelab Bola As-Syakirin (Bawah 12 Tahun) telah mendapat suntikan semangat baru, apabila Pantai Bharu Holdings menaja JURULATIH Profesional bagi mencukil, mengasah dan mengembangkan bakat-bakat cilik di kalangan pelajar as-Syakirin.

Jurulatih daripada UiTM ini akan memilih pelajar-2 sekolah rendah menjadi satu tim bola sepak bawah 12 tahun dan akan mendedahkan skil-2 permainan seterusnya dibawa ketengah untuk dipertandingkan ke peringkat zon atau lebih tinggi lagi.

Kelab ini bermula pada hari Jumaat, 23 Mac 207. dan akan diadakan setiap hari RABU dan JUMAAT jam 4.00 - 6.00 petang.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Pantai Bharu Holdings.

Tanks for Datin Zaleha and Pn Rabitah.