Rabu, Mei 13, 2009

TERBAIK UPKK 2008

.
Mohamad Aqiff Hakim bin Hj Mohamad Ariff telah diaugerahkan PELAJAR TERBAIK UPKK 2008
peringkat Sekolah Integrasi As-Syakirin dengan memperolehi 7A1B .
TAHNIAH DAN SYABAS.
Semoga kecemerlangannya ini akan menjadi inspirasi kepada semua pelajar.

Jumaat, Mei 08, 2009

AJK PIBG 2009/2010

JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA & GURU [PIBG] 2009-2010
Penaung 1 : Pengerusi Lembaga Pengarah
Penaung 2 : Pengerusi Jemaah Pengurusan
Penasihat 1 : Ustaz Basir Mohd Piah, Pengetua
Penasihat 2 : Ustazah norazaai Hj Tahir, Timbalan Pengetua
Ex-offixio : GPK-GPK
Ahli Kehormat : Dato' Shamshudin Hj Nor
YDP : Tn Hj Suhaimi b Mahmood
TYDP : En Yusof b Ismail
Setiausaha : Ustazah Nurliza bt Ahmad
Naib Setiausaha : Ustazah Nor'Atiyah bt Mansor
Bendahari : Ustaz Zulhazmi b Abd Razak
Ahli-ahli Jawatankuasa ;
1. En Ahmad Fuad b Onah
2. En Hazri b Abu Bakar
3. En Habibul Rashidi b Ghazalli
4. Dr Fairuz Asyikin bt Abd Kadri
5. Pn Shamsiah bt Saad
6. Pn Zuraini bt Md Sazari
7. Ustaz Abdul Haez b Abd Rahim
8. Ustaz Mahathir b Mohd Nor
9. Ustazah Nor Shahidah bt Mohd Saad
10. Ustazah Roslia bt Mohamed Sheriff
11. Ustazah Salinah bt Abd Halim
Tahniah dan Syabas diatas pelantikan tuan/puan
Ajk PIBG akan bermesyuarat kali pertama pada hari Sabtu, 16 Mei 2009
Sila hantar emel jika ada cadangan untuk dibincangkan,
emel : sias2007@gmail.com

Isnin, Mei 04, 2009

TAMRIN AMAL SYABAB KE-2 2009

Syabas dan Tahniah!!!
Tamrin Amal Syabab siri kedua sesi 2009 telah dengan jayanya diadakan pada hari Khamis-Jumaat, 30 April - 1 Mei 2009 dengan tema "Pra-Mukhayyam". Antara aktiviti yang dijalankan ialah latihan memasak, membina gajet, mendirikan khemah, pertolongan cemas, dan lain-lain.
Konsep mukhayyam pada tahun ini ialah "kegemilangan khulafa'ur rasyhidin menjana kecemerlanga generasi muda." bertepatan dengan konsep diatas, satu ceramah khas berkenaan khulafaur rashidin diadakan pada sebelah malam dengan pembentang ustaz jemputan.
Program amal syabab kali ini juga diadakan serentak dengan program qiamullail, justeru penekanan dalam aktiviti tazkiyatun nafsi sebelah satu pertiga malam yang akhir amat dititik-beratkan. Antara programnya ialah solat tahajjud, solat taubah, solat hajat, solat witir, zikir munajat, dan doa keinsafan.
Program sebegini adalah program dwi-bulanan yang Lembaga Pengarah amat mengambil berat, sebab inilah aplikasi ilmu yang syumul yang menggunakan keseluruhan potensi pelajar daripada segi Spiritual Physical Intelektual Emotional dan Social-nya. Dan apabila terhasil satu natijah nantinya adalah menuju ke arah insan kamil. Kami faham bahawa mendidik adalah satu usaha yang berterusan, justeru kami mohon kerjasama semua pihak dalam usaha kita membina sebuah generasi muda yang syumul sebagai pewaris kepimpinan masa hadapan.
Jumpa anda di Mukhayyam.
Nota : MUSIAS VIII [Mukhayyam Sekolah Integrasi As-Syakirin] ke-8 sesi 2009 akan diadakan di Tapak Perkhemahan Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 26-29 Mei 2009

emel : sias2007@gmail.com