Isnin, April 21, 2008

Muhammad Hidayah ( T4) menyertai Hafazan Peringkat Negeri



Pelajar As-Syakirin Tingkatan 4, Muhammad Hidayah b Dol Hamid telah menyertai Pertandingan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Qur'an Peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan pada 26 Macl 2008 di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam.
Beliau mengambil bahagian dalam Hafazan 1-15 juzuk. Pertandingan tersebut diadakan pada jam 10.30 malam itu, beliau mendapat tempat ke-5.
Tahniah, semoga usaha sebegini dapat menyuntik semangat pelajar lain untuk aktif dalam aktiviti luar sekolah yang berfaedah.

SUMBANGKAN ARTIKEL DAN BERITA hantar sias2007@gmail.com

PERTANDINGAN AMAL ISLAMI



Sekolah Integrasi As-Syakirin telah memenangi pertandingan Amal Islami Sekolah Rendah Peringkat Zon A Daerah Petaling yang diadakan pada hari Ahad, 20 April 2008 di Masjid Al Munawarah Seksyen 27 dalam kategori seperti berikut ;

1. JOHAN Syarahan Bahasa Arab (L) = Abdul Hannan b. Ahmad Zubir
2. JOHAN Syarahan Bahasa Arab (P) = Nur Khairunnisa bt ABd Razak
3. NAIB JOHAN Muhawarah/Perbualan Bahasa Arab (L) = Afiq Mustaqim b Zuraiman dan Muhammad Aidil b Muhamad Zaidei

Selain kategori di atas as-syakirin menghantar peserta Syarahan Bahasa Melayu dan Azan & khutbah.

Syarahan BA dilatih oleh Ustazah Amira, Muhawarah dilatih oleh Ustazah Yusrina, Syarahan BM dilatih oleh Ustazah Norazaai dan Azan & khutbah dilatih oleh Ustazah Nor Shafiza dan Ustaz Subri.

Selepas ini mereka akan bertanding ke peringkat Daerah pada 14 Jun 2008 di SRAI seksyen 18.
Mohon Doa daripada semua ibubapa, guru dan pelawat, semoga mereka berjaya ke peringkat negeri. Amin