Khamis, Mac 20, 2008

NUR AMALINA ( Tingkatan 4) MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH



Nur Amalina (Tingkatan 4) mengharumkan nama Sekolah Integrasi As-Syakirin apabila beliau membaca SAJAK di hadapan Yang Dipertuan Agong pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Kebangsaan di Bukit Jalil pada hari Khamis, 20 Mac 2008 dan disiarkan secara "langsung" melalui TV1.


Hadirin di Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempat menyaksikan Amalina secara "langsung" melalui internet yang dipancarkan ke skrin.

Khamis, Mac 06, 2008

PROGRAM AMAL ISLAMI AS-SYAKIRIN



Program Amal Islami 2008 di Sekolah Integrasi As-Syakirin telah diadakan pada Selasa-Khamis, 4-6 Mac 2008 mengikut Rumah Sukan masing-masing.

Antara acara yang dipertandingkan ialah ;

Tahap Satu ( Tahun 1-3 Sekolah Rendah ) ;

1. Tulisan Khat ( Putera & Puteri )
2. Azan ( Putera ) & Iqamah ( Puteri )
3. Hafazan ( Putera & Puteri )
4. Tilawah ( Putera & Puteri )
5. Bercerita ( Putera & Puteri )
6. Syair ( Putera & Puteri )
7. Solat Subuh ( Putera & Puteri )

Tahap Dua ( Tahun 4-6 Sekolah Rendah )

1. Tulisan Khat ( Putera & Puteri )
2. Azan & Khutbah ( Putera )
3. Hafazan ( Putera & Puteri )
4. Tilawah ( Putera & Puteri )
5. Bercerita ( Putera & Puteri )
6. Syarahan Bahasa Melayu ( Putera & Puteri )
7. Syarahan Bahasa Arab ( Putera & Puteri )
8. Nasyid ( Putera & Puteri )
9. Solat Jenazah ( Putera & Puteri )
10. Rawi & Marhaban ( Putera & Puteri )


Tingkatan 1-5 Sekolah Menengah
1. Lukisan Khat ( Putera & Puteri )
2. Azan & Khutbah ( Putera )
3. Hafazan ( Putera & Puteri )
4. Tilawah ( Putera )
5. Bercerita ( Putera & Puteri )
6. Syarahan Bahasa Melayu ( Putera & Puteri )
7. Syarahan Bahasa Arab ( Putera & Puteri )
8. Nasyid ( Putera & Puteri )
9. Mengurus Jenazah - Memandikan & menyolatkan ( Putera & Puteri )
10. Rawi & Marhaban ( Putera & Puteri )
11. Debat ala perlimen ( Putera & Puteri )

Semoga dengan aktiviti ini dapat menambah semangat belajar di kalangan pelajar
dan dapat mencungkil bakat-2 pelajar.


Tunggu gambar & klip videonya.


Sabtu, Mac 01, 2008

BIJAK IQRA'

Sudahkah anda memiliki CD&VCD "Bijak Iqra' : Asy-syakirin bersama Ustaz Zamri" yang telah sebulan berada di pasaran. Dapatkannya di pejabat sekolah hanya RM 20.00 ( harga pasaran RM 22.90 ). Anda juga berpeluang menjadi pengedar dan penjual, tel : 012-3907796.

Dengarkan Iklan dan Lagunya di IKIM.fm ( 91.5 fm : Lembah Kang ) selama lima kali sehari.
Siapa Ustaz Zamri ???, kalau anda menonton "Mari Mengaji" TV9 setiap 6.30 petang, anda akan tahu siapakah ustaz zamri mantob.


Tunggu Album siri kedua "Bijak Tajwid : Asy-syakirin bersama Ustaz Zamri". Kini sedang buat audition di As-Syakirin.