Selasa, April 29, 2008

MESYUARAT AGUNG PIBG 2008


Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) ke-6 tahun 2008 telah diadakan di dewan As-Syakirin pada hari Sabtu, 26 April 2008. Pelbagai usul dan isu dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Jawatankuasa PIBG sesi 2008/2009 adalah seperti berikut ;

Ahli Kehormat : Dato’ Shamshudin b. Hj Nor
Yang Dipertua : Hj. Mohd Nasir Khan b. Akhbar Khan
Timbalan YDP : En. Mahadi b. Mohd
Setiausaha : Ustzh Amira bt Zaini
Naib Setiausaha : Ustzh Ummi Khalisah bt Mahpol
Bendahari : Ustzh Norizah bt Bukhari

Ahli Jawatankuasa
: En. Mohd Yusof b. Ismail
: Hj. Suhaimi b. Mahmood
: Dr. Mohammad Rohisham b. Zainal Abidin
: En. Idril b. Idris
: Hj. Norazizan b. Muhamad
: Hj. Anas b. Ahmad
: Pn. Zuraidah bt Md. Zain
: Pn. Monira bt Ahmad
: Ustaz Mohd Subri b Abdullah
: Ustzh Nurul Asyikin bt Radzali
: Ustzh Nuraini bt Mohd Yusof
: Ustzh Noor Hasnita bt Jaafar

Ibubapa diingatkan untuk mendaftarkan emel ke yahoo group di sebelah kanan.
Untuk lebih gambar sila lawati ALBUM SIAS 2008 di sebelah kanan.
-------------------------------------------------------------------
SUMBANGKAN ARTIKEL DAN BERITA KE sias2007@gmail.com

Rabu, April 23, 2008

KEM MOTIVASI UPSR, PMR & SPM





Sekolah Integrasi As-Syakirin mengadakan Kem Motivasi Ke Arah Kecemerlangan Sahsiah pada Jumaat- Ahad, 18-20 April 2008 di Pulau Santap Resort, Janda Baik, Pahang Darul Makmur.


Dikendalikan oleh tn Hj. Othman bin Hj Mohd Khalil, Principal Consultant The Minda Shoppe, Extreme and Extreme Performance Sdn Bhd, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.


Antara program yang diadakan adalah ;

- Iniciatif Games and Goal Setting

- Percaya Pada Diri Sendiri

- Proses Pemikiran

- Visi & Misi

- Kata Diri

- Tabiat & Sikap

- Konsep Azam, Usaha, Doa dan Tawakkal

- Mengekalkan Imej Cemerlang

- Mengatasi Kelemahan - Sesi Terapi Minda

- Pelan Tindakan Untuk Sentiasa Cemerlang

- Individu/ Private Kaunseling



SUMBANGKAN ARTIKEL DAN BERITA KE sias2007@gmail.com

Isnin, April 21, 2008

Muhammad Hidayah ( T4) menyertai Hafazan Peringkat Negeri



Pelajar As-Syakirin Tingkatan 4, Muhammad Hidayah b Dol Hamid telah menyertai Pertandingan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Qur'an Peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan pada 26 Macl 2008 di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam.
Beliau mengambil bahagian dalam Hafazan 1-15 juzuk. Pertandingan tersebut diadakan pada jam 10.30 malam itu, beliau mendapat tempat ke-5.
Tahniah, semoga usaha sebegini dapat menyuntik semangat pelajar lain untuk aktif dalam aktiviti luar sekolah yang berfaedah.

SUMBANGKAN ARTIKEL DAN BERITA hantar sias2007@gmail.com

PERTANDINGAN AMAL ISLAMI



Sekolah Integrasi As-Syakirin telah memenangi pertandingan Amal Islami Sekolah Rendah Peringkat Zon A Daerah Petaling yang diadakan pada hari Ahad, 20 April 2008 di Masjid Al Munawarah Seksyen 27 dalam kategori seperti berikut ;

1. JOHAN Syarahan Bahasa Arab (L) = Abdul Hannan b. Ahmad Zubir
2. JOHAN Syarahan Bahasa Arab (P) = Nur Khairunnisa bt ABd Razak
3. NAIB JOHAN Muhawarah/Perbualan Bahasa Arab (L) = Afiq Mustaqim b Zuraiman dan Muhammad Aidil b Muhamad Zaidei

Selain kategori di atas as-syakirin menghantar peserta Syarahan Bahasa Melayu dan Azan & khutbah.

Syarahan BA dilatih oleh Ustazah Amira, Muhawarah dilatih oleh Ustazah Yusrina, Syarahan BM dilatih oleh Ustazah Norazaai dan Azan & khutbah dilatih oleh Ustazah Nor Shafiza dan Ustaz Subri.

Selepas ini mereka akan bertanding ke peringkat Daerah pada 14 Jun 2008 di SRAI seksyen 18.
Mohon Doa daripada semua ibubapa, guru dan pelawat, semoga mereka berjaya ke peringkat negeri. Amin

Selasa, April 01, 2008

SUKAN TAHUNAN SIAS '08

Sukan Tahunan SIAS 08 telah dengan jayanya diadakan pada hari Ahad, 30 Mac 2008 di Stadium Mini Seksyen 13 Shah Alam. Johan keseluruhan dimenangi oleh Rumah Hijau dengan markah seperti berikut ;
Rumah HIJAU = 385.7
Rumah BIRU = 356.7
Rumah MERAH = 351.6
Rumah KUNING = 343.6

Pemenang persembahan juga Rumah Hijau dengan markah seperti berikut ;
Rumah HIJAU = 78.7
Rumah KUNING = 77.6
Rumah BIRU = 68.7
Rumah MERAH = 66.6

Pada tahun ini anugerah olahragawan dan olahragawati dianugerahkan kepada ;
Olahragawan Sekolah Menengah = Sdr Ariff Afif bin Datuk Hassan Ali
Olahragawati Sekolah Menengah = Sdri Nurul Ain Abidah bt Abdul Halim

Jumpa lagi di Sukan SIAS '09

sias2007@gmail.com

MAJLIS DIALOG PMR & SPM

Majlis Dialog PMR dan SPM telah diadakan di Dewan As-Syakirin pada hari Sabtu, 22 Mac 2008. Majlis ini diadakan dengan tujuan membincangkan perkembangan terkini berkaitan PMR dan SPM terutama Takwim, Yuran, Pendaftaran, Tempat Peperiksaan dan Majlis Akujanji Pelajar PMR dan SPM di hadapan guru dan ibubapa.
Pembentangan Kertas Kerja dilakukan oleh Penyelaras PMR dan SPM tentang Analisa PKSM 1 dan Perperiksaan PMR & SPM tahun 2007.
Diakhir Majlis ini telah dibuka Sesi Dialog antara guru dan ibubapa bagi menyelesaikan beberapa perkara yang berbangkit.

Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Majlis Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari Khamis, 20 Mac 2008 bersamaan 12 Rabi'ul Awwal 1428 H di dewan sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Qur'an oleh sdr Hidayah (tingkatan 4) dan persembahan Pemenang-2 Pertandingan Amal Islami peringkat sekolah seperti nasyid tahap dua ( puteri & putera), nasyid sekolah menengah, barzanji pimpinan sdr hidayah ( yang berpengalaman dijemput ke majlis-2 kenduri kahwin).
Majlis juga diserikan dengan ceramah oleh penceramah jemputan iaitu ust Hairul ( D-Afdhal Education Centre, Bandar Baru Bangi ) dengan tajuk "Sirah Rasul".
seramai lebih kurang 400 hadirin membanjiri dewan terdiri daripada ibubapa, guru, dan pelajar serta masyarakat sekeliling.