Jumaat, September 26, 2008

CUTI SEKOLAH SEMPENA HARI RAYA

Sekolah akan mula bercuti sempena Hari Raya Ied al-Fitri pada
hari Sabtu, 27 September 2008 hingga Ahad, 5 Oktober 2008,
sekolah akan dibuka semula pada hari Isnin, 6 Oktober 2008.

Puasa Sunat Enam ( Syawal ) akan dikuatkuasakan
untuk pelajar Tahap Dua dan Menengah pada
Selasa-Khamis ( 7-9 Okt 08 ) dan Selasa - Khamis ( 14-16 Okt 08 ).
Kerjasama dan sokongan Tuan/Puan amat diharapkan.

Warga As-Syakirin merakamkan ucapan
"Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Maaf Zahir Batin, Minal Aidin Wal Faizin,
Taqabbalallah minna wa minkum."

Berhati-hati di jalan raya.

emel : sias2007@gmail.com
Person dan S
Right click for SmartMenu shortcuts

MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN

Majlis Khatam Al-Qur'an peringkat sekolah telah diadakan
pada hari JUMAAT, 26 September 2008 di dewan As-Syakirin.
Sebelum majlis tersebut, semua warga as-syakirin
menunaikan Solat Dhuha di tempat yang sama.

Majlis diteruskan dengan ceramah Nuzul Al-Qur'an oleh penceramah jemputan.

emel ; sias2007@gmail.com

Selasa, September 16, 2008

PROGRAM BUKA PUASA DI SEKOLAH

Meneruskan tradisi sekolah,
semua dijemput ke PROGRAM BUKA PUASA peringkat sekolah
pada hari Jumaat, 19 September 2008.
Program dimulakan seawal pukul 6.00 ptg dengan bacaan tahlil arwah.
Seterusnya buka puasa dan solat fardhu dan solat taraweh (8+3).
Selepas solat taraweh, Ibubapa dan pelajar tingkatan 3 dijemput ke
Majlis Dialog PMR menjelang persiapan akhir PMR.


emel : sias2007@gmail.com

Isnin, September 15, 2008

IFTAR JAMA'IE SIAS 08 @ INTEKMA







5.30 pm : Pengerusi Majlis En Mahadi ( Pengerusi Industri Nasyid - PIN ) yang juga Timbalan YDP PIBG SIAS 08 memulakan bicara.

5.40 pm : Ucapan YB Dato' Dr Haji Hasan Mohd Ali, pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor.

6.40 pm : Ucapan Haji Mohd Nasir Khan b Akhbar Khan, Yang Dipertua PIBG SIAS

7.00 pm : Ucapan Haji Ir. Izham Hashim, Pengerusi Lembaga Pengarah SIAS

7.10 pm : Ucapan YB Khalid Abd Samad, Ahli Parlimen Shah Alam

7.20 pm : Doa Selamat dan Buka Puasa oleh Ustaz Mohd Subri Abdullah ( bekas penasyid Shoutul Amal ) yang juga tenaga pengajar SIAS

Azan dan buka puasa

emel : sias2007@gmail.com

Khamis, September 11, 2008

IFTAR JAMA'IE SIAS DI INTEKMA

Persatuan Ibubapa & Guru ( PIBG ) SIAS menganjurkan Majlis Berbuka Puasa atau Iftar Jama'ie bersama Y.B Dato' Dr. Hasan b Mohd Ali ( Exco Kerajaan Negeri Selangor ) pada ;

Hari : Sabtu
Tarikh : 13 September 2008 / 13 Ramadhan 1429 H
Masa : 5.30 petang - 7.45 malam
Tempat : Dewan Utama, Intekma Resort UiTM,
Seksyen 7, Shah Alam

Objektif majlis ini untuk mengeratkan lagi hubungan antara Ibubapa dan Guru.
Antara program yang dirancang ialah sesi penerangan daripada Ajk PIBG, Motivasi daripada Y.B Dato', hiburan daripada Bintang Akademi Nasyid TV9 dan banyak lagi.

Ibubapa yang berminat, sila telefon pejabat 03-55115393 fax 03-55115397
Bayaran meja ( 10 orang ) ialah RM 500.00
Bayaran kerusi RM 40.00 ( dewasa ) dan RM 30.00 ( kanak-2 bawah 12 thn )

Untuk maklumat lanjut hubungi en Mahadi 019-3155303 atau mahadiee@yahoo.com


emel : sias2007@gmail.com

Rabu, September 10, 2008

UPSR 2008

Warga As-Syakirin mendo'akan kejayaan
pelajar Tahun 6 Mujaddid yang sedang menduduki
peperiksaan UPSR sekarang ini. ( 9-11 September 2008 ).

Semoga mereka membawa kejayaan untuk
dirinya, keluarga dan sekolah.

emel : sias2007@gmail.com

Selasa, September 09, 2008

TAKZIAH





assalamu alaikum

Inna lillah wa inna ilaihi raji'un.

Telah pulang ke rahmatullah Siti Hajar bt Izham Hashim,
puteri pengerusi Lembaga Pengarah As-Syakirin,
malam tadi ( 8 Ramadhan 1429 H )
Rumah arwah No. 1 jalan SS5D/11B, Kelana Jaya.
Berdekatan Tabung Haji.

Dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam,
Seksyen 21, Shah Alam.

Semoga rohnya diterima-Nya dan ditempatkannya
dalam golongan orang yang solehah.
Semoga ahli keluarganya bersabar atas dugaan ini.

Wassalam

emel : sias2007@gmail.com

Jumaat, September 05, 2008

PROGRAM USRAH SEKOLAH MENENGAH







Badan Amar Makruf (BADAR) Sekolah Menengah mengadakan Program Usrah dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh Naqib dan Naqibah.
Pelaksanaan Usrah diadakan pada jam 2.00 - 2.30 petang, selepas solat zuhur dibawah bimbingan guru mursyid. Bahan usrah mengikut kurikulum usrah Kementerian Pendidikan.

emel : sias2007@gmail.com

Khamis, September 04, 2008

PROGRAM TADARUS RAMADHAN






Sepanjang bulan Ramadhan, Program Tadarus untuk pelajat tahap Dua dan Menengah, diadakan di surau. Pelajar dibahagikan kepada 30 puluh kumpulan, satu kumpulan diberi tanggungjawab membaca satu juzuk secara selang-seli setiap hari. Dalam satu hari kita dapat khatamkan Al-Qur'an, insya allah, setiap hari sepanjang Ramadhan.

Amalan tadarus ini meniru cara Rasulullah bertadarus dengan malaikat Jibril dalam bulan Ramadhan, selain dapat pahala membaca, pahala mengikut sunahpun dapat juga. Berlipat ganda lagi.


emel : sias2007@gmail.com

Selasa, September 02, 2008

HARI KANTIN 2008







Hari Kantin As-Syakirin telah diadakan pada hari Jumaat, 29 Ogos 2008 dengan jayanya.
Pelbagai aktiviti, jualan, pameran dan pertandingan serta pertunjukkan diadakan sempena hari kantin tersebut. Keuntungan hari kantin ini akan disalurkan ke Tabung Pembelian Alat Muzik Islami.

Semua pelajar daripada Tahun Satu hingga Tingkatan Lima dan guru serta ibubapa bertungkus-lumus memeriahkan Hari Kantin, ada juga sekolah-sekolah jemputan menyertainya.

Gerai Terbersih ialah Tahun 2 Najwan ( guru kelas Ustazah Syafila )
Gerai Terceria ialah Tahun 5 Mujtahid ( guru kelas Ustazah Yusrina )
Gerai Pemenang Gotong Royong ialah Tahun 1 Mumtaz ( guru kelas Ustazah Roslia )

Pemenang Busana Muslimah ( menengah / dewasa )
tempat 1 : Nur Emyra ( tingkatan 3 Imam Muslim )
tempat 2 : Humairah ( pembantu tadbir )
tempat 3 : Risti Prasetia ( tingkatan 3 Imam Tarmizi )

Untuk lihat gambar lain sila klik album sebelah


emel : sias2007@gmail.com