Selasa, April 01, 2008

Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Majlis Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari Khamis, 20 Mac 2008 bersamaan 12 Rabi'ul Awwal 1428 H di dewan sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Qur'an oleh sdr Hidayah (tingkatan 4) dan persembahan Pemenang-2 Pertandingan Amal Islami peringkat sekolah seperti nasyid tahap dua ( puteri & putera), nasyid sekolah menengah, barzanji pimpinan sdr hidayah ( yang berpengalaman dijemput ke majlis-2 kenduri kahwin).
Majlis juga diserikan dengan ceramah oleh penceramah jemputan iaitu ust Hairul ( D-Afdhal Education Centre, Bandar Baru Bangi ) dengan tajuk "Sirah Rasul".
seramai lebih kurang 400 hadirin membanjiri dewan terdiri daripada ibubapa, guru, dan pelajar serta masyarakat sekeliling.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan